
Bayangkan daripada seorang wanita yang dilahirkan sempurna dan dikurniakan rupa paras cantik, bekas Ratu Cantik Colombia ini diuji hebat apabila terpaksa berdepan hakikat dirinya hilang sebelah kaki. Pastinya ia memberi tamparan besar buat Daniella Alvarez apatah lagi dengan statusnya sebagai ratu cantik.
Tarikh 14 Jun 2020 akan sentiasa terpahat dalam memori Daniella apabila separuh daripada kaki kirinya dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Kekuatan Bekas Ratu Cantik Colombia

Situasi tersebut berlaku ekoran pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut Daniella pada Mei 2020.
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnosis dirinya mengalami ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya.
Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Sudah pasti ia menjadi ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.

Walau sudah lima tahun insiden tersebut berlalu namun kehidupan kini yang dinikmati Daniella sedikit pun tidak mengubah aktiviti dan minatnya terhadap kecantikan.
Kekurangan Bekas Ratu Cantik Ini Jadi Kelebihan
Bahkan ‘kekurangan’ itu sebaliknya menjadi kelebihan buat wanita berusia 36 tahun ini untuk lebih dikenali dan dijemput menjayakan pelbagai program fesyen termasuk menyertai catwalk jenama antarabangsa sebagai suntikan semangat kepada insan senasib dengannya.
Buktinya, bekas ratu cantik ini pernah diundang ke acara fesyen dan kecantikan seperti Loreal, Victoria Secret dan banyak lagi.

Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”

Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
































