Gaya Hidup

Tiada Majlis Kahwin Mewah 11 Tahun Lalu, RAFIZI RAMLI Pilih Hidup Sederhana Bersama Isteri Tercinta!

8 Oktober nanti, genap 12 tahun usia perkahwinan Yang Berhormat (YB) Rafizi Ramli dan isteri tercinta. Walau sudah bertahun-tahun menceburi bidang politik dan mampu hidup mewah, namun ahli politik ini selesa hidup secara sederhana bersama isteri dan anak lelaki tunggal, Benjamin Rafizi.

Mengenang kembali momen pernikahan di samping wanita kesayangan, Rafizi menerusi media sosialnya sebelum ini mendedahkan majlis akad nikah mereka disambut secara ringkas.

Memuat naik foto dirinya dan isteri lengkap mengenakan persalinan nikah berwarna putih di samping tetamu yang hadir, kongsi Rafizi, “Majlis ringkas akad nikah di sebelah isteri selesai pada 8 Oktober 2011 dan majlis ringkas di sebelah saya pada 15 Oktober 2011.

Niat kami semasa memutuskan untuk menghabiskan hayat bersama ialah untuk saling membantu menjadi manusia yang lebih baik, lebih bertakwa.

Saya yakin saya menjadi insan yang lebih baik dengan isteri saya di sebelah saya. Isteri saya yakin beliau boleh berbuat amal dengan membantu saya menjalankan tanggungjawab saya.

Di sebelah seorang lelaki yang mampu memikul tanggungjawab yang baik, ialah seorang isteri yang berkorban agar suami dapat menjalankan amanah itu.”

Kredit Instagram @rafiziramli / Di samping tetamu yang hadir
Kredit Instagram @rafiziramli / Diraikan secara mengejut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sebulan mereka berkahwin
Kredit Instagram @rafiziramli
Kredit Instagram @rafiziramli

Pada ulang tahun perkahwinan ke-9 sebelum ini Rafizi ada berkongsi kisah perkahwinan mereka. “We got married in a very simple ceremony that only involved our parents and siblings – not even uncles and aunties on 8th October 2011.

Looking back, I actually feel older then and younger now. Our marriage was almost trouble free and smooth sailing, barring small disagreements here and there.

We used to have face to face small disagreements at the beginning but eventually it all became messages that got less frequent over the years.”

Kredit Instagram @rafiziramli
Kredit Instagram @rafiziramli
Kredit Instagram @rafiziramli
Kredit Instagram @rafiziramli

Pada 3 Disember 2022, YB Rafizi Ramli mengangkat sumpah jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama barisan menteri Kabinet lain.

Diketahui umum sebagai antara individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan, tidak hairanlah Perdana Menteri memberi kepercayaan kepada pemimpin berusia 45 tahun ini untuk menggalas tugas berkenaan.

Kian aktif merencana perancangan ke arah merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan kestabilan harga barangan di pasaran, YB Rafizi sebelum ini pernah mengikuti pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan meraih Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Kredit Instagram @rafiziramli
Kredit Instagram @rafiziramli

Atas pencapaian akademik tersebut, dia seterusnya diterima masuk ke Morrison’s Academy, Scotland pada tahun 1995 dan menyambung pengajian di Leed University dari tahun 1996 hingga 1999 dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

YB Rafizi memulakan kerjaya sebagai akauntan sebelum menjadi pengurus di Petronas, Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad pada tahun 2009 dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dari 2009 hingga 2012. Selain itu, Rafizi juga pengasas INVOKE pada tahun 2016 iaitu syarikat pemula yang membangunkan produk teknologi berasaskan sains data.

IKLAN
Share