Tidak Sukar Sediakan Minuman Detoks. Resipi Detoks Dari Tania Pawanteh Ini Boleh Dijadikan Panduan.

Kesibukan kerja dan pemakanan yang tidak seimbang banyak menyumbang ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Mana tidaknya, kurang prhatin terhadap soal pemakanan menjadi antara sebab masalah kesihatan seperti sembelit dan sebagainya. Jadi, amalan minuman detoksifikasi bertujuan membersihkan sistem pencernaan untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalkan pengambilan jus detoksifikasi hari ini untuk kesejahteraan tubuh.

Penulis buku resipi KEK TANPA KETUHAR, Tania Pawanteh berkongsi resipi bersama pembaca NONA.

  • JUS CUKA EPAL, LIMAU GEDANG DAN KAYU MANIS

 BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan cuka epal

Jus dari 1 biji buah limau gedang

1 sudu teh serbuk kayu manis

1 sudu makan madu

CARA MEMBUAT:

Potong limau gedang dan ambil jusnya. Kemudian masukkan cuka epal diikuti dengan serbuk kayu manis ke dalam jus limau gedang tadi. Tambahkan sedikti madu dan kacau sehingga larut sebelum dihidangkan.

  • AIR STRAWBERI, TEMBIKAI DAN DAUN PUDINA

 BAHAN-BAHAN:

1 cawan buah strawberi

1 cawan hirisan tembikai

10 tangkai daun pudina

2 liter air masak

CARA MEMBUAT

Bersihkan buah strawberi. Kemudian belah dua. Kemudian potong dadu buah tembikai. Masukkan air masak ke dalam jag dan campurkan buah strawberi dan buah tembikai. Sejukkan ia di dalam peti sejuk selama 4 hingga 6 jam sebelum dinikmati.

 

  • TEH DETOKS HALIA DAN KUNYIT

 BAHAN-BAHAN:

1/2 inci halia

1/2 inci kunyit hidup

1/2 biji lemon|diambil jus

500ml air

CARA MEMBUAT

Bersihkan halia dan hiris nipis. Bersihkan pula kunyit hidup dan diketuk. Jerang air sehingga mendidih. Kemudian masukkan halia dan kunyit. Renehkan ia selama 15 minit. Tutup api dan masukkan pula perahan jus lemon. Hidangkan bersama hirisan lemon.

  • AIR DETOKS NENAS, TIMUN DAN DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN:

1 biji nenas, dibuang kulit

1 biji timun

20 tangkai daun pudina

2 liter air masak

CARA MEMBUAT:

Bersihkan nenas dan buang kulitnya. Kemudian hiris nipis nenas tersebut. Ambil timun dan hiris nipis. Masukkan nenas, timun dan daun pudina ke dalam jag dan sejukkan selama 4-6 jam sebelum diminum. Boleh juga ditambah ais ke dalam air.

5.SMOOTHIE KALE, SADERI, EPAL, OREN DAN BIJI CHIA

 BAHAN-BAHAN:

1 tangkai daun kale

1 tangkai saderi, dipotong

1 biji epal hijau, dipotong lapan

1 biji oren Sunkist, dibuang kulit dan dibelah empat

1 sudu teh biji chia

500ml air masak

CARA MEMBUAT:

Hiris daun kale dan basuh sehingga bersih. Jika tidak mahu menggunakan daun kale,boleh digantikan dengan brokoli. Potong saderi setebal 1cm. Asingkan seketika. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga lumat. Tuang kedalam gelas dan tabur sedikit biji chia diatas setiap gelas.

6.TEH HIJAU, BUAH KIWI DAN LEMON

BAHAN-BAHAN:

2 uncang teh hijau

1 biji buah kiwi, dibuang kulit

Jus dari sebiji buah lemon

500ml air

CARA MEMBUAT:

Didihkan air dan tuang ke dalam bekas yang mengandungi uncang teh hijau. Biarkan sehingga teh hijau sejuk. Setelah sejuk, kisar teh hijau bersama buah kiwi, dan jus lemon sehingga lumat dan sebati. Hidangkan ketika panas.

 

 

IKLAN
Share