Fesyen

Trend Fesyen Kitar Semula, Stail OVERALL Kini Pilihan Fashionista Kota!

Pemakaian overalls memang terkenal sejak dahulukala lagi. Kebelakangan ini, trend memakai overalls kian mendapat perhatian di kalangan penggemar fesyen. Pendek atau labuh overalls denim antara rekaan yang banyak menghiasi rak label high street ketika ini.

Hampir semua label fesyen terkenal mengeluarkan fesyen overalls

dengan suntikan rekaan terkini dan trendy. Jika anda ingin memiliki sehelai, Jom Nona kongsikan ilham menggayakannya agar anda kelihatan stailo dan stylish.

TEKNIK LAYERING

Selain pemilihan potongan, cara anda menyuai padan dengan helaian lain juga menjadi faktor utama penampilan anda menjadi atau tidak. Untuk gaya yang lebih menarik apa kata anda padankan dengan kemeja bukannya kemeja-T agar penampilan lebih kemas. Boleh juga tambahkan jaket untuk street fashion

yang lebih menyerlah.

MELEKAP SELESA

Anda disarankan memilih rekaan dan potongan overalls yang berpotongan slim. Elakkan yang berpotongan longgar kerana anda tentunya tidak mahu tampil seperti penyanyi rap atau hip hop. Overalls seharusnya mencipta ilusi tubuh yang lebih tinggi.

LIPATAN HUJUNG SELUAR

Bagi mencipta ilusi kaki lebih panjang, apa kata anda lipatkan hujung seluar tiga inci atas daripada buku lali. Kemudian sarungkan kasut tumit tinggi (rekaan sandal) untuk melengkapkan padanan anda. Nah, percayalah tubuh anda akan tampak lebih tinggi (dengan syarat potongan overalls

yang dipilih adalah potongan slim).
IKLAN
Share