Pemakaian overalls memang terkenal sejak dahulukala lagi. Kebelakangan ini, trend memakai overalls kian mendapat perhatian di kalangan penggemar fesyen. Pendek atau labuh overalls denim antara rekaan yang banyak menghiasi rak label high street ketika ini.
IKLAN
Hampir semua label fesyen terkenal mengeluarkan fesyen overalls dengan suntikan rekaan terkini dan trendy. Jika anda ingin memiliki sehelai, Jom Nona kongsikan ilham menggayakannya agar anda kelihatan stailo dan stylish.
TEKNIK LAYERING
Selain pemilihan potongan, cara anda menyuai padan dengan helaian lain juga menjadi faktor utama penampilan anda menjadi atau tidak. Untuk gaya yang lebih menarik apa kata anda padankan dengan kemeja bukannya kemeja-T agar penampilan lebih kemas. Boleh juga tambahkan jaket untuk street fashion yang lebih menyerlah.
MELEKAP SELESA
IKLAN
Anda disarankan memilih rekaan dan potongan overalls yang berpotongan slim. Elakkan yang berpotongan longgar kerana anda tentunya tidak mahu tampil seperti penyanyi rap atau hip hop. Overalls seharusnya mencipta ilusi tubuh yang lebih tinggi.
IKLAN
LIPATAN HUJUNG SELUAR
Bagi mencipta ilusi kaki lebih panjang, apa kata anda lipatkan hujung seluar tiga inci atas daripada buku lali. Kemudian sarungkan kasut tumit tinggi (rekaan sandal) untuk melengkapkan padanan anda. Nah, percayalah tubuh anda akan tampak lebih tinggi (dengan syarat potongan overalls yang dipilih adalah potongan slim).
Musim Luruh / Sejuk ini, jenama pakaian terkenal Amerika Syarikat, Timberland telah berkerjasama dengan label pakaian lelaki terkenal negara Jepun – SOPHNET.. Terkenal di seluruh dunia untuk cap gaya mereka iaitu menggabungkan kefungsian yang hebat ke dalam pakaian santai setiap hari, ini adalah kali yang pertama kedua-dua jenama telah mengeluarkan sebuah koleksi kapsul kasut dan pakaian yang merangkumi enam jenis produk. Koleksi tersebut hanya boleh didapati eksklusif di Asia.
Mengambil ilham rekaan dari slogan rasmi mereka: “MENJELEJAH YANG TERSEMBUNYI”, koleksi kapsul menonjolkan muka baru But 6” Ikonik Timberland yang menginkorporasi ciri-ciri SOPHNET. But ini telah dibawa ke tahap baru kefungsian dengan zip tambahan pada suku panel dalaman untuk memudahkan pakaian. But unik Timberland dan SOPHNET. ini datang dengan persiapan ‘matte’ hitam dan hangtag mengukir logo SOPHNET. berdasarkan prinsip estetik minimalis jenama ini
Mengikuti tren dan gaya pakaian 90-an, pakaian luaran tradisi Timberland telah diolah semula oleh pereka SOPHNET. untuk mempunyai bayangan yang lebih kontemporari serta menampilkan grafik tipografi 90-an menarik. Diperbuat dengan fabrik kapas yang berkualiti serta direka dengan ciri-ciri berfungsi dan teliti walaupun tetap minimalis seperti zip depan belakang dan lubang pengudaraan.
Koleksi ini terdiri daripada: sweat hoodie setengah zip bayangan besar, kemeja flanel yang didapati dalam corak genggangblok biasa atau corak genggang tartan yang bergaya SOPHNET. kemeja – T lengan panjang dan pendek saiz besar serta topi besbol ditampal dengan ayat “MENJELEJAH YANG TERSEMBUNYI.”
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Pemilihan warna yang sesuai di dalam pemakaian seharian mampu mengubah mood dan juga personaliti. Penulis pasti anda semua ada warna kegemaran masing-masing kan? Nah, ini warna tahunan untuk 2018, ULTRA VIOLET atau dari pandangan mata kasar, ungu lembut. Menurut Leatrice Eiseman yang merupakan pengarah eksekutif Institut Warna Pantone kepada New York Times, “Kami mahu memilih sesuatu warna yang membawa harapan dan juga membawa mesej yang membina. Selain itu warna ini juga melambangkan simbol kepada trend dan suasana budaya.”
Jom kita lihat mood board trend fesyen musim bunga/panas 2018 yang menggarap warna ini dengan baik di dalam rekaan mereka.
Kalau tadi kita lihat dari segi trend fesyen, jom kita intai mainan warna ini menerusi penerapan kepada seni hiasan dalam pula.
Menurut Leatrice lagi, “Tiada unsur-unsur politik menjadi inspirasi kepada pemilihan warna ini sebagai warna tahunan. Ia lebih menjurus kepada cita-cita dan juga pemikiran yang bergerak jauh ke hadapan.”
Sebagai seorang wanita, penampilan diri harus diberi perhatian agar tampak kemas dan menarik. Tidak kiralah samada mahu ke pejabat, beriadah bersama teman mahupun untuk berjumpa ibu mertua. Sememangya penampilan harus dijaga dan perlu dipakai sesuai mengikut personaliti diri.
Jangan sampai orang menganggap anda seorang yang selekah dan tidak tahu menjaga penampilan diri. Tidak susah untuk tampil bergaya! Tidak perlu berlanja mahal untuk tampak anggun dan menawan. Nak tahu caranya? Jom Nona kongsikan peraturan mudah untuk memilih pakaian yang memberikan penampilan memukau!
1.PILIH SAIZ YANG TEPAT
Ramai yang ambil endah tentang pemilihan saiz, ‘asal boleh’. Lebih lagi kalau beli pakaian atas talian ukuran baju kadangkala tidak begitu tepat. Kesalahan yang sering dilakukan ialah dengan membeli saiz yang lebih besar kononya untuk menutup bahagian besar tubuh anda. Cara tersebut membuatkan badan anda lebih besar! Tips! Anda kena enhance bahagian pinggang untuk beri ilusi pada tubuh dan yang paling penting keselesaan.
2. PILIH SUSUNAN PAKAIAN
Apa yang dimaksudkan ialah, terapkan dalam fikiran untuk sentiasa memilih susunan top dan bottom dalam bentuk yang berlainan. Sebagai contoh, jika anda memakai top yang besar dan longgar, pastikan bottom seperti seluar skinny jeans atau tight. Begitu juga sebaliknya, jika bahagian bottom longgar seperti skirt atau seluar palazo pastikan bahagian top sedikit tight.
3. BIJAK TAMBAH AKSESORI
Aksesori dapat membantu mengalih pandangan mata dari kelemahan tubuh. Contohnya jika anda tidak mahu orang fokus pada bahagian bottom, pakai rantai di leher untuk menarik mata memandang ke atas. Sama juga dengan pemakaian subang untuk beri ilusi lebih jinjang dan sebagainya.
Beg tangan bersaiz kecil tidak sesuai pada mereka yang bertubuh kecil, ia beri ilusi mereka semakin kecil sama juga dengan mereka yang tinggi. Jika anda tidak mahu bentuk punggung anda menjadi perhatian, beg jenis cross-body mengalih pandangan ke bahagian pinggang berbanding punggung.
4. FABRIK SEMPURNA
Warna dan fabrik antara faktor besar dalam pengubah gaya. Kalau anda tidak mahu kelihatan besar, jangan pilih fabrik yang firm atau keras. Fabrik jenis denim, berbulu, brokat atau satin beri tubuh nampak berat untuk selamat pilih fabrik lembut jersi, sifon, sutera, krep dan sutera menfokuskan pada bentuk badan. Corak bergaris antara mainan dalam fesyen, garis melintang buat anda lebih tampak lebar, manakala garisan menegak beri ilusi lebih langsing dan tinggi. Nak nampak kurus dengan mudah, pilih sahaja warna gelap.
5. HARGAI BENTUK TUBUH ANDA
Kita lupa tentang perbezaan yang ada pada semua manusia. Sampaikan bila pakaian tersebut tampak cantik pada orang lain kita mula tiru tapi tidak sedar ia langsung tidak sesuai. Peraturan pertama dalam berfesyen ialah kenali bentuk tubuh anda, jangan tolak keisimewaan yang ada.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...