Tunda Sementara PhD Demi Jaga Anak, Nazirah Nasir Seronok Jadi Suri Rumah & Buat Bisnes Raya!

Terpesona dengan aura dan kecantikan Nazirah Nasir. Meniti usia 29 tahun, adik kepada aktres popular Anzalna Nasir ini juga seorang wanita bijak. Anak bongsu Profesor Dr Md Nasir ini sering mendapat perhatian warga maya kerana kepintaran yang dimiliki.

Berkesempatan bertemu Nur Nazirah Md Nasir atau mesra disapa Maggie ketika majlis koleksi lebaran Nh by Nurita Harith x Zalora, wanita jelita ini turut ditemani kakak tersayang iaitu Diana Nasir.

Artikel https://www.nona.my/comelnya-anak-nazirah-nasir-majlis-akikah-nur-helena-serba-indah-macam-majlis-kahwin/

Nazirah Nasir Seronok Jadi Ibu

Berkongsi perkembangan terkini, Nazirah menjelaskan dia kini merupakan suri rumah sepenuh masa selepas melahirkan puteri sulung yang diberi nama Nur Helena pada 14 Julai 2023.

“I’m now a mother, suri rumah sepenuh masa dan saya seronok dengan tugas ini. Anak pun senang jaga. Itulah rutin saya sekarang.

InshaAllah, sekarang saya tengah berehat dari sambung belajar sebab nak betul-betul fokus jaga anak. Mungkin tahun depan saya akan sambung semula pengajian.”

Mengulas lanjut, Nazirah Nasir mendedahkan dia dan Diana mengusahakan bisnes pakaian Les Angguns sempena Aidilfitri tahun ini.

“Sekarang ini kami sedang jalankan bisnes kecil-kecilan Hari Raya di bawah jenama Les Angguns. Ia ialah koleksi baju Raya kanak-kanak dan istimewanya tahun ini kami hasilkan juga baju Raya ibu dan anak.”

Tambahnya lagi, Les Angguns diasaskan oleh Diana Nasir.

“Idea ini datang kerana kami mempunyai anak perempuan yang sangat suka berfesyen, bergaya dan kami fikir untuk jadikannya sebagai bisnes.

Tambahan pula suami saya juga seorang usahawan dan dia beri sokongan penuh kepada saya untuk mencuba benda baru. Kalau kita tak cuba, kita tak tahu kemampuan kita.

Setakat sekarang, alhamdulillah tak ada bergaduh lagi,” seloroh Nazirah.

Wanita Bijak, Nazirah Nasir Rehat Seketika Sambung PhD

Figura tinggi lampai ini dilapor mengikuti pengajian PhD in Molecular Bacteriology di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gred A untuk Proposal Defence tahun lepas.

Graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, Nazirah cukup bertuah kerana dapat ‘fast track’ sambung PhD dalam usia muda.

Nazirah Nasir melangsungkan perkahwinan dengan Umar Annuar pada Ogos 2020.

Share
Published by
Suzi