Diam tak diam, anak perempuan Nur Nazirah Profesor Dr Md Nasir bakal meniti usia tujuh bulan. Nazirah yang juga adik kepada pelakon cantik, Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Helena pada 14 Julai 2023.
Baru-baru ini, Nur Nazirah atau mesra disapa Maggie dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat mengadakan majlis akikah buat anakanda tersayang.
Memilih tema putih dengan dekorasi bunga-bungaan rona pastel, majlis meraikan kelahiran Nur Helena tidak ubah seperti majlis perkahwinan.
Serba indah, eksklusif dan lengkap dengan mini pelamin.
Dia kini mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gred A untuk Proposal Defence tahun lepas.
Graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, Nazirah cukup bertuah kerana dapat ‘fast track’ sambung PhD dalam usia muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya bijak, ramah, bertubuh langsing dan menawan. Penampilan Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab atau lebih mesra disapa Dato’ Dania memang tidak ubah persis seorang ratu cantik. Jadi, tak hairanlah ibu kepada seorang cahaya mata ini dinobat sebagai Mrs Fabulous Malaysia 2019. Ternyata, beliau layak menerima pengiktirafan berkenaan.
Dato’ Dania seorang wanita yang berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja teratur. Barangkali kerana beliau sudah terbiasa dengan tuntutan kerja yang rapi sepanjang menjawat tugas Naib Presiden Limkokwing University of Creative Technology. Bukan calang-calang jawatan tu!
Bukan mudah seorang wanita yang sudah berkeluarga diberi mandat menggalas jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi bagi institusi pendidikan tinggi yang membabitkan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Pastinya, Dato’ Dania memiliki kredibiliti yang hebat sehingga beliau meraih kepercayaan menjadi salah seorang individu penting dalam pentadbiran universiti swasta terulung itu.
Mahu lebih berjaya dan memberi inspirasi serta mengangkat martabat wanita di mata dunia, Dato’ Dania nekad mengasah potensi diri dengan menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019, sebuah pertandingan ratu cantik yang mengasah bakat golongan wanita berkahwin termasuk ibu tunggal dalam bidang sosial dan ekonomi. Ujar pemenang Mrs Fabulous Malaysia 2019 ini, “Peranan wanita hari ini bukan sahaja menjadi suri rumah, mereka juga mampu memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan.
Penglibatan saya dalam Mrs Fabulous Malaysia 2019 memberi peluang untuk membuktikan dan melakar kehidupan serta cita-cita pada masa depan. Memenangi pertandingan ini juga membantu meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal saya dengan lebih baik. Ia berjaya menjadikan saya lebih berkeyakinan dan berhati waja dalam memastikan segala kemahiran yang saya dapat dimanfaatkan dengan baik.
Kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan dan komitmen anak tunggal saya, Adi Muhammad Irfan, keluarga, teman istimewa, rakan kerja, mentor dan pasukan Teamworks yang banyak memberi latihan pembangunan diri kepada setiap wanita. Terutamanya melibatkan sektor keusahawanan, bakat dan pengucapan awam. Fokus pertandingan ini juga tidak tertumpu kepada kecantikan semata-mata tapi lebih menekankan keupayaan wanita itu sendiri.”
Selain terlibat dengan usaha kemasyarakatan, Dato’ Dania juga sedang rancak mengusahakan projek pemerkasaan wanita menerusi teknologi era digital dan perkhidmatan E-perdagangan secara dalam talian di Fabulous Tele Virtual (FTV).
Ditanya mengenai pengurusan masa di antara kerjaya dan keluarga, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahkan, “Sebagai hamba Allah, ibu tunggal, anak dan juga wanita bekerjaya saya memerlukan komitmen pengurusan masa dan disiplin yang amat tinggi.
Tiada perbezaan ketara antara budaya wanita di Malaysia dengan negara lain cuma yang menjadi asas penting adalah kebijaksanaan seseorang wanita itu dalam mengimbangi tugas dan tanggungjawab kepada keluarga.
Setiap minit yang ada dalam hidup ini tidak boleh kita sia-siakan. Wanita hari ini perlu multitasking. Misalnya apabila berada di tempat kerja, segala masa dan tumpuan saya adalah sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan pentadbiran dan perancangan strategik syarikat. Begitu juga apabila berada di rumah. Ia dua perkara yang tidak boleh dicampur-adukkan. Bagi saya, keluarga adalah segalanya. Tanpa keluarga, banyak perkara tidak akan berlaku.”
Walaupun sudah meniti usia 44 tahun, penampilan Dato’ Dania sentiasa mencuri tumpuan. Mana tidaknya, bersandarkan tubuh ramping dan tinggi lampai pasti ramai yang menyangka personaliti ini persis anak dara. Hakikatnya, Dato’ Dania merupakan ibu kepada seorang anak lelaki yang sudah meningkat dewasa.
Menyingkap rejim kecantikan yang diamalkan, Dato’ Dania lantas menyusun bicara. “Urich berpendapat bahawa, ‘Luar yang sihat bermula dari dalam.’ Tidak dinafikan, saya kerap melakukan rawatan kecantikan dan kesihatan diri di pusat kecantikan atau spa. Dengan rawatan spa yang konsisten juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang sihat dan menguatkan sistem imun badan.
Bagi saya, rawatan di spa juga mencegah diri daripada keletihan dan kegelisahan akibat tekanan hidup seharian. Bila tubuh badan kita sihat, semua pekerjaan yang kita buat jadi lebih mudah.
Selain berkunjung ke spa, saya juga pergi ke gimnasium selepas waktu bekerja bila ada masa terluang. Tujuan saya pergi ke gim adalah untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal agar saya tetap sihat dan tenang. Dalam masa sama, untuk jaga kecergasan tubuh badan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan amarah memang ada dalam diri setiap individu. Dengan pelbagai tekanan hidup yang dihadapi membuat perasaan marah mudah meluap dalam diri. Tambahan bagi mereka yang berkerjaya dan memikul tanggungjawab yang berat di pejabat, ditambah dengan masalah lain sudah cukup untuk menjadikan kita seorang yang mudah marah. Namun, perlu diingat bahawa sikap pemarah yang melampau bisa memusnahkan kerjaya anda. Oleh itu adalah penting bagi anda belajar mengawal kemarahan untuk menjadi orang yang berjaya.
Apakah kesan amarah terhadap kerjaya anda?
Sikap marah yang tidak dikawal akan menjejaskan hubungan sesama rakan pejabat. Tugasan kumpulan sukar berjalan lancar akibat masalah komunikasi yang timbul daripada sifat pemarah yang kurang menyenangkan rakan sekerja yang lain. Akibatnya, tugas yang dipertanggungjawabkan tidak mendapat hasil yang sempurna.
Untuk menjadi ketua yang berjaya, anda memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pekerja bawahan. Namum sekiranya lagak anda bak “singa lapar”, anda hanya mencipta rasa takut staf terhadap anda, bukan rasa hormat kepada seorang ketua. Kerja yang dilakukan oleh pekerja anda mungkin bukan dengan perasaan ikhlas. Malah yang lebih teruk, mereka hanya bekerja seperti “melepas batuk ditangga”.
Urusan dengan pihak ketiga, misalannya pelabur ataupun pelanggan boleh terjejas dengan sikap panas baran anda. Anda mungkin akan hilang peluang perniagaan.
Sebagus manapun kerja anda, ketua anda mungkin berfikir berkali-kali sebelum menaikkan pangkat anda. Pasti mereka kuathir dengan sikap pemarah anda yang akhirnya mengundang masalah dalam menguruskan tugas atau jabatan yang di ketuai.
Orang yang pemarah, mudah mengalami kemurungan. Jiwa yang tidak tenteram ini boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan akhirnya menjejaskan prestasi kerja anda.
Petua mengendali amarah anda
1 Pernafasan
Apabila berada dalam keadaan marah, tarik nafas dalam-dalam selama 10 saat dan helakan sekuat hati. Lakukan untuk beberapa kali sehingga rasa marah anda reda. Walaupun ianya kelihatan mudah namum tetap berkesan. Anda akan rasa lebih lega dan minda lebih rasional dalam membuat setiap keputusan.
2 Kira dari 1 hingga 10
Ketika marah anda sedang meluap-luap, cubalah mengira 1 hingga 10. Percayalah, kaedah ini pasti akan dapat meredakan tekanan dan mengurangkan kemarahan anda. Walaupun ia tidak dapat memadamkan keseluruhan perasaan marah, sekurang-kurangnya 10 saat ini sempat memberi peluang anda berfikiran dan bertenang. Oleh itu, setiap tindakan yang dibuat tidak dikuasai oleh perasaan.
3 Luahkan kemarahan anda
Sekiranya seseorang itu telah membuat anda marah, larikan diri anda daripada situasi tersebut untuk seketika. Bercakap dan luahkanlah apa yang terbuku dengan orang yang rapat dengan anda. Sekiranya tiada sesiapa yang boleh pendengar luahan hati anda, cari kawasan yang tiada orang di sekeliling, bercakaplah dengan diri sendiri. Katakan atau menjeritlah apa yang ingin anda luahkan. Ambil masa tenangkan diri sebelum kembali semula kepada situasi tadi.
4 Mulakan dengan “saya” dan bukannya “awak”.
Apabila berlaku pertengkaran, pastikan setiap pernyataan yang anda buat terhadap pihak kedua bermula dengan perkataan “saya” dan bukannya “awak”. Misalnya, “ Saya berasa amat kecewa dan hampa!”, bunyinya lebih baik berbanding “Awak mengecewakan saya!”. Pernyataan yang dibuat ini tidak bersifat menyalahkan dan pihak kedua juga tidak akan bersifat defensive. Sikap “finger point to each other” dapat dielakkan dan seterusnya api kemarahan dapat dikurangkan maupun dielakkan.
5 Salurkan tenaga kemarahan anda
Dalam keadaan marah, tenaga yang dikeluarkan adalah berlipat ganda tingginya.Daripada anda bertindak menumbuk dinding, meja, maupun orang yang anda marah, ada baiknya tenaga itu disalurkan ke tempat yang lebih berfaedah. Berlarilah sekuat hati, pumping, kick boxing, atau apa sahaja riadah sekiranya anda dalam keadaan marah. Lakukan sesungguh hati sehingga anda berasa puas dan letih. Percayalah, ia dapat membantu. Perasaan marah anda akan hilang. Oleh itu, simpanlah tali skipping atau kasut jogging di pejabat. Anda pasti memerlukannya nanti.
6 Menerawangkan fikiran
Ketika marah, pejamkan mata anda seketika. Bayangkan wajah orang yang tersayang, ataupun tempat yang indah. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan untuk anda memejamkan mata, cukup dengan menerawangkan fikiran sebentar. Kaedah ini dapat melarikan fikiran anda daripada perkara yang menimbulkan kemarahan. Anda akan kembali tenang untuk menghadapi situasi tegang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik Anne Hathaway kini berusia 40-an. Pun begitu, pelakon yang membawakan watak Mia dalam filem Princess Diary ini masih kelihatan berseri seolah-olah tak menua.
Nona kongsikan rahsia kecantikan Anne Hathaway.
Solekannya sentiasa bersih, segar dan semula jadi. Anne sering muncul dengan kulit wajah yang hampir sempurna, licin, cerah dan sihat dengan sentuhan solekan asas yang ringan namun sekata.
Selai itu, Anne sentiasa mengekalkan trademark kening tebal dan kemas memberikan ekspresi wajah yang kuat.
Manakala penyeri matanya adalah celak halus dan sapuan maskara yang menyerlahkan bulu mata tanpa terlalu dramatik.