Tak lama lagi, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bakal timang anak kedua. Doktor mengesahkan aktres jelita ini hamil pada penghujung Januari lalu dan dijangka bersalin Oktober nanti.
Raja Ilya yang sebelum ini merancang untuk mengandung tahun depan sebelum usia mencecah 40 tahun bagaimana pun bersyukur kerana rezeki untuk timang anak lagi datang lebih awal.
Dedah pelakon Suamiku Encik Perfect 10 ini, suami iaitu Trent Garret paling teruja apabila mengetahui khabar gembira berkenaan.
Walau sudah disahkan hamil pada Januari, ibu jelita ini hanya mengumumkan berita tersebut kepada peminat selepas usia kandungan mencecah usia lima bulan.
Ads
Dia turut merancang melahirkan cahaya mata di King Edward Memorial Hospital di Perth, Australia.
Terbaharu, selebriti ini memuat naik video anak sulungnya iaitu Talita sambil menyertakan kapsyen memberitahu dia bakal menerima cahaya mata lelaki kelak.
Baru baru ini, tanggal 24 Disember 2022 menjadi tarikh keramat buat pelakon Reen Rahim yang selamat diijabkabul dan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres jelita yang berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Dan semalam berlangsungnya majlis persandingan belah pihak pengantin perempuan, di mana Reen Rahim berkongsikan momen persandingannya di mana dia kelihatan sangat anggun dan jelita mengenakan persalinan songket berona coklat hasil ciptaan pereka fesyen duo ternama, Rizman Ruzaini.
Penampilan Reen turut memukau ramai apabila dipadankan dengan barangan kemas mewah tajaan Cerew Jewels, dan hasil solekan jurusolek artis terkenal Syed Faisal Syed Noh.
Untuk rekap, pasangan sama cantik sama padan ini telah berkenalan sejak 2 tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk bertunang pada 12 Ogos lalu.
Meninjau di ruangan komen Instagram pelakon Daddyku Gangster ini, rata-rata ramai termasuk rakan-rakan artis yang terpesona dengan penampilan dan busana disarung Reen Rahim dan mendoakan agar perkahwinan dibina dirahmati dan kekal sehingga ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Pelakon wanita ‘anak mami’ berdarah utara, Izara Aishah sentiasa membuatkan warga maya kagum dengan kecantikkan semulajadi yang dimilikinya meskipun tidak berdarah kacukkan.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti ‘wanita timur tengah’ apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.
Busana itu digayakan Izara sewaktu dia menghadiri festival fesyen Islam dan berkongsikan momen tersebut menerusi beberapa hantaran foto dan video di laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen yang melihat video itu meninggalkan komen positif dengan memuji kecantikan Izara persis orang arab.
Malah tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan terkini Izara yang dilihat begitu menjaga aurat dan semakin dan patuh syariah walaupun masih berfesyen dan bergaya, sekaligus meletakkan Izara pada ‘class’ yang tersendiri.
Bagaimanapun, diantara komen-komen positif itu, terdapat satu komen dari pengguna media sosial yang menjadi perdebatan netizen sekaligus menarik perhatian serta mendapat respon balas dari Izara sendiri.
“Harap-harap pereka yang ada dekat Malaysia ni rosakkan imej solehah sebenar pada Izara.” Komen pengguna media sosial
“Hah 😳” Balas Izara
Namun, ramai yang berpendapat bahawa individu berkenaan telah tertinggal satu perkataan, sehingga menyebabkan komen yang ditinggalkan berbaur negatif hingga menimbulkan salah faham.
“Banyak kali nak faham kan.. Tertinggal satu perkataan.. “TAK” kot..”
“Rasanya macam tertinggal perkataan ‘tak’ sebelum ayat ‘rosakkan imej solehah’ kan? Ghisau.” Komen warganet
Akhirnya pemilik komen tampil dan bersuara untuk menjernihkan semula kekeliruan itu dan mengakui kekhilafan dirinya yang tertinggal satu perkataan ketika menulis komen berkenaan.
“Haa lah tinggal “tak” patutlah Izara terkejut
Tu lah tinggal “tak” tu patutlah orang salah faham.” Balas pemilik komen itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Lemon adalah bahan terbaik dalam menghalang penuaan kulit. Bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah merupakan sumber antioksida yang tinggi.
Keistimewaan menyeluruh lemon ternyata menyuntik khabar gembira buat wanita yang prihatin terhadap kesihatan rambut. Apabila segala mineral lemon diserap oleh rambut, ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih optimum.
Keberkesanan lemon lebih menyerlah apabila dicampurkan dengan bahan lain seperti madu dan telur. Nak tahu apa khasiatnya?
(1) Menanggalkan sel kulit mati kepala
Sel kulit mati di kulit kepala sukar untuk disingkirkan. Sel kulit mati ini yang menjadi punca kelemumur dan gatal kulit kepala. Hiris lemon beberapa bahagian dan gosok atas kulit kepala. Biar selama 5 minit dan bilas rambut dengan air. Gatal-gatal yang disebabkan sel kulit mati pada kulit kepala akan hilang dengan sendirinya.
(2) Rambut lebih lurus dan berkilau
Wanita yang sering mengeluh rambut kering dan kusam tidak perlu gusar lagi kerana lemon menjadi solusinya. Masuk dua sudu teh minyak kelapa dalam sebuah mangkuk. Kemudian perah lemon untuk mendapatkan jus di dalam mangkuk minyak kelapa tadi. Gaul sempurna dan sapu di seluruh bahagian rambut. Biar selama 15 minit dan cuci rambut dengan bersih. Campuran ini akan membuat rambut lurus dan berkilau.
(3) Menghilangkan kelemumur
Rambut yang berkelemumur adalah masalah utama rambut yang mengganggu penampilan. Lemon boleh membantu menghilangkan kelemumur secara semula jadi. Perah jus lemon dan sapu ke kulit kepala secara perlahan-lahan. Asid pada lemon akan membantu menghilangkan kelemumur dan melekat pada folikel rambut.
(4) Atasi rambut lepek dan berminyak
Wajah sudah cantik bersolek namun rambut yang lepek dan berminyak mengganggu penampilan. Atasi masalah ini dengan kuasa lemon. Ambil jus lemon dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Lemon membantu menyerap lebihan minyak pada rambut dan menaikkan volume rambut.
(5) Rangsang pertumbuhan rambut
Jangan tidak percaya lemon mampu membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. Kombinasi minyak kelapa, minyak zaitun dan lemon adalah solusi tepat untuk memiliki rambut lebat. Malah, rambut semakin hitam dan berkilau selepas menyapu campuran ini.
(6) Elak rambut bercabang
Atasi masalah ini dengan menggabungkan lemon dengan minyak zaitun. Rajin menyapu campuran ini ke atas rambut akan menghilangkan rambut bercabang di hujung.
(7) Atasi rambut gugur
Rambut gugur memang menghantui wanita terutama selepas melahirkan anak. Campur lemon, cuka dan garam di dalam sebuah bekas. Campuran ini terbukti berkesan untuk mengelak rambut gugur. Sapu campuran ini pada rambut sebelum bersyampu.
(8) Hilangkan kutu
Lemon mengandungi asid sitrik yang dapat membantu menghilangkan kutu yang bersarang di pangkal rambut. Gunakan perahan lemon yang telah dicampurkan dengan cuka dan sapu pada seluruh bahagian rambut. Bilas dengan bersih dan pasti kutu akan hilang dengan sendirinya.
(9) Ganti perapi rambut
Setelah bersyampu sapu perapi agar rambut lembut dan halus. Lemon boleh mengganti perapi malah lebih selamat kerana tiada bahan sampingan. Tambah perahan lemon dalam secawan air kelapa dan sapu campuran ini pada rambut setelah bersyampu. Bilas rambut sehingga bersih.
(10) Kuatkan akar rambut
Lemon dapat membantu menguatkan akar rambut sehingga tidak mudah gugur. Perah lemon di dalam sebuah bekas dan campur sebiji telur. Gaul rata dan sapu pada keseluruhan rambut. Bungkus dengan tuala selama satu jam agar meresap ke kulit kepala. Bilas dengan sempurna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!