Enam bulan mengikat tali pertunangan akhirnya Dr Syafiqa Hayra Mohd Yusof anak arwah Mr Os selamat bergelar isteri. Memilih tanggal 23 Disember 2023 untuk menamatkan zaman bujang, anak sulung daripada dua beradik ini sah menjadi suri hati jurutera kacak iaitu Ahmad Amirul Aiman Azimi dengan sekali lafaz.
Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Muhammad Awal Syafrel Harez Mohd Yusof selaku adik lelaki menjadi wali kepada Dr Syafiqa Hayra.
Graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini menerima mas kahwin RM300.
Mesra disapa Dr Hayra, wanita berusia 30 tahun ini tampil memukau dan berseri-seri hasil sentuhan magis makeup artist, Bee Ramza. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan putih bersih bertemakan Fairy Tale.
Difahamkan busana gaun kembang yang digayakan Dr Hayra ialah cetusan inspirasi gaun perkahwinan mendiang Puteri Diana. Memang terserlah kecantikan pengantin perempuan persis seorang puteri!
Bagi ibu pengantin perempuan iaitu Rahayu Muhamed Nadzir, dia bersyukur kerana anak gadis kesayangan kini menemui teman hidup.
“Bersyukur akhirnya dah sampai jodoh dia. Harap dia jadilah isteri yang terbaik, sabar, tabah untuk hadapi kehidupan yang baru. Semoga dia tabah dan bahagia dunia akhirat. Dia seorang anak yang mendengar katalah. Tak susah jaga dia, senang sangat. Sampai dah besar ni pun kalau kita larang dia buat apa-apa dia ikut je.
Harap-harap dia jadilah isteri yang sempurna, taat kepada suami,” ucapnya sambil menahan sebak.
Sementara itu, adik lelaki yang mesra disapa Awal turut mendedahkan peribadi kakak kesayangan yang disifatkan seorang anak yang baik.
Ads
“Saya rasa bangga dengan kakak saya, setelah lama berhempas-pulas belajar, jatuh bangun dia alhamdulillah akhirnya hari ini dia berjaya dan menjadi seorang isteri.
Dia sebenarnya seorang yang baik, dalam garang ada tegasnya. Kalau buat silap, dia akan tegur. Tapi dengan adik-beradik, dia sayang. Kalau susah, dia akan bantu. Dari saya kecil sampai sekarang.”
Ditanya ingatan terhadap arwah ayah, ini jawapan jujur Awal. “Kalau arwah masih ada saya rasa dia mungkin akan bangga yang tak terhingga sebab impian dia dan didikan selama ni marah kami semua berbaloi.
Apa yang dia inginkan seperti kakak jadi doktor, semua tercapai. Selebihnya selepas ni saya pula untuk banggakan arwah. InshaAllah.”
Ads
Mengimbas bibit perkenalan awal, Dr Hayra mula mengenali suami sejak setahun lalu dan rakan sebaya. “Kami berkenalan melalui mutual friends. Dia ialah kenalan kepada kawan saya yang merupakan graduan Master of Mechanical Engineering dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom.
Sepanjang perkenalan kami, saya lihat dia seorang yang bekerja keras dan berwawasan tinggi. Tunang saya sekarang bekerja di sebuah syarikat perunding kejuruteraan. Dia juga dalam proses untuk menjadi seorang ‘Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)’.
InsyaAllah dia akan diiktiraf sebagai Jurutera Bertauliah/Accredited Engineer dengan kelayakan Inseniur (Ir.) dalam masa terdekat ini.”
Mengulas perasaan selepas sah bergelar suami, Ahmad Amirul Aiman atau dikenali sebagai Aiman ini berharap agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia. “Semoga kami terus bahagia sebagai pasangan dan gembira selalu serta bahagia hingga ke akhir hayat.”
Semoga perkahwinan Dr Syafiqa Hayra anak arwah Mr Os ini dengan suami tercinta sentiasa diberkati dan berada dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan ini dikhabarkan sedang bercuti ke luar negara.
Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Buah Hati Putera Mateen
Dalam hantaran terbaharu anakanda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ini di media sosial, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah kini menikmati percutian musim sejuk di kota London.
Tidak sekadar melancong di samping isteri tercinta, Putera Mateen turut memuat naik momen istimewa bertemu Ketua Negara Britain, Putera Charles dan Perdana Menteri, Keir Starmer.
“It was an honour to meet King Charles III once again, as well as the Prime Minister. We take great pride in the enduring bond between Brunei and the UK – like old friends reconnecting.”
Putera Mateen Ucap Hari Lahir Buat Anisha Rosnah
6 November lalu, putera diraja kacak ini menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-30 buat isteri tercinta.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan diraja gilang-gemilang itu, Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung selama beberapa hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024, Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari dan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Sejak bergelar suri hati Putera Mateen, penampilan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi tumpuan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki.
Difahamkan wanita cantik ini ialah cucu penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abang Pengiran Anak Isteri Anisha iaitu Daniel Deen Isa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, genap tiga tahun Fazeera bergelar suri hati Fizo Omar. Sepanjang tempoh perkahwinan yang berusia tiga tahun itu, pasangan ini cekal melayari alam rumah tangga.
Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang dua cahaya mata dalam tempoh yang singkat.
Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Kongsinya, “Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung 2 kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar-sedar eh dah berlalu dah.
Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan inshaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Master’s Degree.”
Bersempena ulang tahun perkahwinan ketiga, Fazeera menitip ucapan romantis buat suami tercinta.
“Happy Anniversary Daddy Spoppy. Wish your health and wealth so can produce more babies.”
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin tak sampai sebulan tapi Anzalna Nasir dah nampak makin cantik berseri! Penampilan terbaharu isteri Hanif Zaki ini selepas melahirkan anak kedua memang tarik perhatian ramai. Malah ramai mengagumi dan memuji aktres jelita tersebut yang pandai jaga diri.
Berkongsi beberapa foto di Instagram sempena majlis tahnik anak tersayang, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga anak lelaki pada hari Jumaat, 20 Mei lepas bersamaan 19 Syawal 1443 Hijrah.
Dalam majlis berkenaan, Anzalna dilihat memakai persalinan indah berwarna putih gading rekaan Syomir Izwa. Kongsinya, “Sebagaimana sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.”
Turut teruja dengan kehadiran Mohamad Emirhan pastinya anak sulung Anzalna dan Hanif iaitu Eidrees.
“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki. Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!! Diana Nasir anak semua perempuan, I pula anak semua lelaki okay dah balance!”
Dedah Anzalna lagi, dia bersyukur sebab dikurniakan suami yang sangat mengambil berat tentang keadaan dirinya sejak bersalin hingga berpantang. “Hampir dua minggu Hanif Zaki ambil cuti teman I berpantang dan jaga anak-anak walaupun kami ada helper dan CL (confinement lady). Thank you for being the perfect man.”
Anzalna mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 bersama Hanif Zaki yang merupakan seorang ahli perniagaan. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti jelita, Paula Verhoeven sering tampil glamor. Namun, di sebalik glamor dan kemewahan dunia hiburan, Paula turut berperanan penting sebagai ibu kepada dua anak...