Meskipun belum selesai berpantang 40 hari, Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Kamarulzaman Mohammad Hanafiah mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul sempena kelahiran anak kelima mereka baru-baru ini.

IKLAN

KAAFI RAIF, Nama Pilihan DATIN RITA SOSILAWATI &  DATUK KHAMARUAZLAN Untuk Anak Bongsu!

Menurut Datin Rita Sosilawati melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, meskipun dirinya masih dalam berpantang selepas melahirkan anak bongsunya itu, namun majlis kesyukuran dan cukur jambul tetap diadakan untuk anak tersayang. Malah, Datin Rita dan suami turut berkongsi nama yang dipilih untuk anak bongsunya itu.

 

KAAFI RAIF, Nama Pilihan DATIN RITA SOSILAWATI &  DATUK KHAMARUAZLAN Untuk Anak Bongsu!

Menurut Datin Rita, nama KAAFI RAIF menjadi pilihan dia dan suaminya kerana nama tersebut mempunyai makna yang indah.  Kaafi Raif membawa maksud yang mencukupkan dari semua segi, penyayang dan baik hati.

“Maksud namamu begitu indah seperti dirimu yang cukup melengkapkan keluarga ini,” ujar Datin Rita lagi.

KAAFI RAIF, Nama Pilihan DATIN RITA SOSILAWATI &  DATUK KHAMARUAZLAN Untuk Anak Bongsu!

IKLAN

Sebagai ibu, Datin Rita sempat menitipkan doa buat permata hatinya yang disifatkan sebagai pelengkap keluarganya itu.

~KAAFI RAIF~
Jadilah orang yang berpengetahuan,
Ilmu dan adab jangan ditinggalkan
Jika ingin selamat diri,
Dekatkan diri dengan Allah dan juga Nabi.

Ya Allah kurniakanlah anak-anakku iman yang sempurna, kesihatan yang berterusan, keselamatan yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki yang cukup dari semua segi malah melimpah ruah, dan jadikanlah mereka penyejuk mata dan pelengkap hidup kami🥰

Untuk rekod, Kaafi Raif dilahirkan pada 19 Mei lalu dan merupakan anak kelima Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah.

IKLAN

JUGA BACA: https://www.nona.my/pulang-mengerjakan-haji-rezeki-datin-hajah-rita-sosilawati-dinobat-wanita-ikon-selangor-beri-keutamaan-aspek-soal-kesihatan-psiko-sosial/

KAAFI RAIF, Nama Pilihan DATIN RITA SOSILAWATI &  DATUK KHAMARUAZLAN Untuk Anak Bongsu!

Terdahulu, Rita memaklumkan dia pernah mengalami keguguran pada awal tahun lalu sebelum dikurniakan rezeki untuk hamil lahi pada hujung 2022.  Dia sebelum ini menyuarakan hasrat untuk dikurniakan cahaya mata kelima dan berdoa di tanah suci Makkah ketika menunaikan umrah bersama suami, November tahun lalu.

Sekadar info, Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2011. Rita dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI