Seronok tengok suasana Hari Raya Raja Ilya sekeluarga di Perth, Australia. Walau berada di perantauan, tetap tak lupa meraikan Aidilfitri pada 22 April lepas dengan penuh meriah. Lebih bermakna lebaran tahun ini dengan kehadiran cahaya mata tersayang, Talita yang bakal berusia 10 bulan pada 1 Mei.

Menerusi foto yang dikongsikan Raja Ilya di Instagram bersempena 1 Syawal lalu, dia mengenakan persalinan kain sari berwarna hitam. Sementara suami pula segak berbaju Melayu siap bersamping hitam.

IKLAN

Tidak ketinggalan, si comel Talita yang memakai baju kurung rona kuning cair sedondon dengan bapa tersayang.

Baca https://www.nona.my/comelnya-anak-raja-ilya-talita-cecah-usia-9-bulan-mirip-wajah-bapa/

“Dah 5 Tahun Beraya As A Wife & Setahun As Mommy,” Raja Ilya Teruja Sambut Raya Di Australia!
Kredit Instagram @rajailya
“Dah 5 Tahun Beraya As A Wife & Setahun As Mommy,” Raja Ilya Teruja Sambut Raya Di Australia!
Kredit Instagram @rajailya
“Dah 5 Tahun Beraya As A Wife & Setahun As Mommy,” Raja Ilya Teruja Sambut Raya Di Australia!
Kredit Instagram @rajailya

Kongsi Raja Ilya, “Macam tak percaya dah 5 tahun beraya as a wife and setahun as mommy to baby Talita. OMG cepat betul masa berlalu kan. So quick dah nak masuk 10 months dah baby.

Selamat Hari Raya semua. Ilya tengah masak rendang. Hopefully menjadi tahun ni.”

Meskipun jauh dari keluarga, ibu seorang anak ini mahu merasai kemeriahan Syawal bersama suami dan anak kecil. Bahkan, dia sempat membuat dua biskut raya iaitu Almond London dan Kuih Semperit.

Biarpun Kuih Semperit yang dibuat tidak menjadi tapi semangat Raja Ilya dapat pujian followers yang sentiasa mengikuti perkembangan selebriti ini di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

IKLAN

Bukan itu saja, isteri Trent Garret ini turut menyediakan cendol bersempena Raya.

“I know, tak semua buat cendol for raya kan especially kat Malaysia. Ye la cendol di mana-mana je kot kat sana. Tapi kat sini lain, nak cendol authentic kena pergi cari restaurant Malaysia, obviously time raya memang tak buka la kan.

So just to bring the culture into our day. Ilya decided untuk belajar how to make cendol from scratch. Phewwwww akhirnya tahun ni memang menjadi.

IKLAN

90% dah macam cendol tepi jalan. Lagi 10% tu tak boleh nak figure out pula.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Dah 5 Tahun Beraya As A Wife & Setahun As Mommy,” Raja Ilya Teruja Sambut Raya Di Australia!
Kredit Instagram @rajailya

Anak jati Ipoh yang bakal berusia 38 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kelahiran Australia iaitu Trent Garret di Perth pada 23 Disember 2018.

Sejak berkahwin, Raja Ilya mengikuti suami dan menetap di Australia.

Disember lepas, mereka sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan dan berkesempatan bertemu sanak saudara di Ipoh, Perak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI