“Dia Wanita Kuat & Berjiwa Besar” Rizman Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Tercinta Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Pereka fesyen ternama Rizman Nordin baru-baru ini menitipkan ucapan penuh bermakna di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Nurida Suraya.

Kredit Foto: IG rizman.n

Kapsyen yang ditulis dalam Bahasa Inggeris cukup menyentuh jiwa.

Dalam hantarannya itu, Rizman turut memuat naik koleksi gambarnya bersama isteri tersayang menzahirkan kasih sayang yang mendalam antara pasangan ini.

“A Love letter to my beautiful wife, Happy birthday to you my love, the woman who carries my heart in her smile and my world in her hands.”

Isteri Sumber Inspirasi

Rizman turut meluahkan bahawa Nurida Suraya bukan sekadar isteri malah dia juga sumber inspirasi, sahabat terbaik serta kompas hidup saat dirinya tersasar dari landasan hidup.

Bagi Rizman Nordin, Nurida Suraya adalah ibu paling penyayang buat anak-anak mereka. Keperibadian lembut namun tegas menjadikan Nurida Suraya contoh wanita yang kuat dan berjiwa besar.

“You are not just my wife. You are my muse, my best friend, my compass when I lose my way, and the most loving mother to our little angels. Every part of my life breathes because of you.

“There was a time I thought I would never have a complete life but with you, I finally do. You fill every gap, every silence, every dream with meaning. You’ve given me purpose, strength, and the courage to build the life we once only imagined.”

Puji Keperibadian Isteri

Suraya dianggap seorang isteri dan ibu yang penyayang namun tegas. Dia juga bercita-cita tinggi namun penuh kasih. Rizman Nordin bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan seorang isteri yang baik dan sempurna sehingga merubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik.

“You are the finest example of what it means to be a human being, kind yet strong, graceful yet grounded, ambitious yet full of love. I am a better man because of you, and every day, I thank Allah for choosing you for me.”

BACA JUGA: Ikut Bapa Bekerja Di Dubai & Rai Birthday, Rizqaa Anak Rizman & Nurida Suraya Genap Usia 5 Tahun!

Doa & Harapan

Rizman Nordin mengambil peluang menitipkan doa dan harapan buat isteri tercintanya itu.

“On your birthday, my wish is simple yet eternal. May Allah grant you the highest Jannah, for you truly deserve it.”

Rizman Nordin turut mengharapkan agar perkahwinan mereka terus diberkati sampai ke syurga.

“May our marriage be blessed to last till Jannah, because I can’t wait to grow old with you, hand in hand, heart to heart, until forever finds us.

With all my love, Your husband, always — Rizman”

Keluarga Bahagia

Untuk info, selama enam tahun usia perkahwinan mereka telah dikurniakan dua anak perempuan yang sangat comel.

Anak sulung diberi nama Rizqaa kini berusia lima tahun manakala anak kedua, Rainaa, berusia setahun. Keluarga kecil ini sering mencuri perhatian netizen dengan keakraban dan kasih sayang mereka yang jelas terpancar di media sosial.

Share
Published by
Amy Mohd