Umpama CINDERELLA MODEN, Princess Sofia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 & Kongsi Foto Perkahwinan Diraja

Kisah cinta di antara Duchess of Varmland atau nama sebenarnya Sofia Kristina Hellqvist sememangnya umpama ‘Cinderella Moden’. Seorang rakyat biasa yang dapat memenangi hati seorang putera raja lantas menjadi suri hati putera raja tersebut.

Foto: Instagram @prinsparet
Foto: Instagram @prinsparet

Sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Sweden ini, Princess Sofia hanyalah gadis biasa yang dilahirkan di Stockholm dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Bintangnya mula menyinar apabila menyertai program realiti TV dan kehidupan terus berubah apabila bertemu dan jatuh cinta dengan putera kacak Sweeden ini sehingga mendirikan rumah tangga pada 13 Jun 2015.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @prinsparet

Mengimbau kisah tentang perkahwinan diraja ini, pada mulanya mencetus kontroversi apabila rakyat jelata seakan tidak merestui perkahwinan mereka. Rakyat menganggap Princess Sofia tidak layak menjadi puteri diraja kerana begitu berbeza dengan Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.

Foto: Instagram @prinsparet
Foto: Instagram @prinsparet

Namun, lama-kelamaan kejelitaan, kebaikan dan kemurnian hati yang ditonjolkan oleh puteri ini diterima baik rakyat jelata dan golongan istana serta mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Macam baharu sahaja perkahwinan diraja ini berlangsung namun dalam diam sudah meraikan ulang tahun perkahwinan yang kelima. Majlis gilang gemilang ini telah dilangsungkan di Stockholm’s Royal Palace chapel. Setahun kemudian pasangan sama cantik sama padan ini telah menimang cahaya mata pertama, Prince Gabriel Carl Walther.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Ternyata Princess Sofia memiliki hati yang mulia apabila sanggup meletakkan statusnya sebagai kerabat diraja ketepi demi membantu para barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 baru-baru ini.

Foto: Instagram @sofia_princesssweeden
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Princess of Sweden ini telah menyumbangkan bakti dan tenaganya sebagai pekerja sukarelawan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh para barisan hadapan. Salah satu tugas yang telah dilakukannya membantu para doktor dan jururawat membasmi kuman peralatan perubatan.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @prinsparet

Walaupun hanya menyarung uniform ringkas berwarna biru sama seperti sukarelawan atau para petugas hadapan lain dan berkasut sukan berwakrna putih tetapi aura baginda tetap bersinar seperti biasa. Tanpa meletakkan tiara di atas kepala seperti kebiasaan, puteri diraja Sweeden yang berusia 36 tahun ini tetap anggun walau hanya mengikat rambutnya ke belakang.

Kalau nak cantik, boleh tengok kat sini

IKLAN
Share