Rezeki Jadi Usahawan Sukses Usia 39 Tahun, Vie Shantie Tempuh Pelbagai Ujian & Syukur Pengalaman Bentuk Dirinya Hari Ini!

Tumpang bangga melihat kejayaan yang diraih Vie Shantie Khan. Mana tidaknya, pada usia belum cecah 40 tahun dia sudah pun mampu menguruskan empayar perniagaan yang kian berkembang maju dan mengumpul aset peribadi. Satu pencapaian luar biasa yang menjadi pembakar semangat dan suntikan inspirasi kepada ramai wanita!

Tanggal 26 Julai lepas genap 39 tahun usia Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Blackstone ini. Kian matang melayari kehidupan sebagai ahli perniagaan, isteri dan juga ibu, Vie Shantie meluahkan rasa syukur kerana diizinkan Allah SWT untuk bergelar usahawan berjaya dan dikelilingi insan tersayang.

Artikel https://www.nona.my/setia-temani-anakanda-main-polo-ym-datin-paduka-seri-dayang-hajah-mariam-ibu-4-anak-sihat-anggun-usia-69/

Vie Shantie Syukur Kejayaan Usia 39 Tahun

Titip isteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan ini, “Tahun terakhir usia tiga puluhan. Sebuah dekad yang membentuk diri ini lebih daripada apa yang mampu diungkap dengan kata-kata.

Aku diuji dengan cara yang tak pernah terlihat oleh dunia. Menangis dalam diam ketika badai tak disedari sesiapa. Belajar membina dari serpihan, dan tersenyum meski hati masih berdarah.

Hari ini mengingatkan aku, betapa aku dikelilingi jiwa-jiwa yang benar-benar peduli.
Setiap ucapan, setiap hadiah kecil penuh makna, setiap doa yang dibisikkan untukku. Begitu besar ertinya.

Aku rasa sungguh diberkati kerana disayangi sedalam itu. Semoga Allah memulangkan kasih ini kepada kalian berlipat ganda. Tiga puluh terakhir ini bukan sekadar helaian yang ditutup.

Ia adalah satu lingkaran penuh sebuah perjalanan menjadi seorang wanita, seorang ibu, seorang kekasih, dan seorang pejuang yang akhirnya belajar bahawa dia tidak perlu berjuang sendirian selamanya.”

Perniagaan Vie Shantie

Tahun 2023 pastinya menjadi antara detik terindah buat Vie Shantie dalam kerjayanya apabila dia mendedahkan kepada umum mengenai kejayaan syarikatnya memperoleh kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Singapura dan China selama 15 tahun.

Bukan itu saja, dia juga berjaya menandatangani perjanjian persefahaman dengan salah sebuah syarikat perlombongan dan pembinaan terbesar di dunia. Siapa sangka, anak kelahiran Kampung Pulau Simpangan, Tuaran di Sabah ini mampu menakluk pasaran global!

Selain menguruskan perniagaan Black Stone, wanita berjiwa besar ini juga merupakan pengasas jenama muslimah V Hijrah.

Hasil perkongsian hidup bersama ahli perniagaan dan politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Vie Shantie dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Vie Raissa.

Terdahulu Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

 

Share
Published by
Suzi