Gaya Hidup

‘Upload’ Gambar Bilik Lama, MUABELLAZ Tak Segan Kongsi Memori Demi Inspirasi!

Bagi mereka yang mengikuti bidang kosmetik dan kecantikan pasti mengenali make-up artist popular dan Instafamous, Muabellaz! Perjalanan karier Muabellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini dalam bidang solekan mencetus fenomena tersendiri. Sekaligus memberi inspirasi kepada anak muda masa kini kerana kegigihannya mengubah nasib diri dan keluarga.

Hari ini, walau sudah berjaya dan memiliki empayar sendiri… Bellaz enggan lupa diri dan sentiasa mengenang jasa insan yang pernah bersama-sama membantu dirinya sejak dulu. Apatah lagi, isteri kepada Anuar Ahmad ini tanpa berselindung mengaku status diri sebagai anak nelayan dan tidak segan berkongsi memori hidup dengan peminat.

Terbaharu, perkongsian Bellaz memuat naik gambar dirinya di samping anak sulung, Iris Alisya dalam sebuah bilik kecil suatu ketika dulu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. “Alololo terjumpa gambar lama 2014 masa ni. Eica setahun lebih. Rindu bilik lama banyak kenangan ni. Bilik ni la duk belajaq make-up

pelan-pelan dari tak reti sampai reti.

Saya sama saja tiada apa yang beza cuma la ni sibuk kerja sikit dari dulu tu ja. Sibuk sangat weh orang keliling ja tahu saya sibuk lagu mana. Alhamdulillah kawan-kawan faham.

Gambar kenangan Bellaz dengan anaknya tahun 2014
Persandingan Bellaz & suami ketika dia baru berusia 20 tahun
Sisi kehidupan Bellaz
Impian miliki kereta idaman

Tiada yang dulu maka, tiada yang sekarang. Kita di dunia ni semua hak Allah takda satu pun hak kita, yang mai semua pinjaman dari dia. Syukur alhamdulillah selalu. Rindu tengok kain-kain beg kita dulu-dulu.”

Ini bukanlah kali pertama Bellaz mendedahkan sisi hidup susah yang pernah dilalui. Bahkan sebelum menikmati kesenangan dan dikurniakan rezeki untuk membina rumah banglo mewah juga dia turut meluahkan rasa bangga mendiami rumah papan bersama keluarga tersayang kepada hampir dua juta followers.

Enggan mendabik dada dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya hari ini, tujuan Bellaz memuat naik ruang wardrobe dan make-up room

di kediaman barunya tidak lama dulu juga adalah sebagai suntikan semangat kepada para wanita untuk berjaya. Pandai Bellaz menghias ruang tersebut dengan menggarapkan konsep moden dan serba putih. Turut kelihatan di bilik berkenaan ialah koleksi beg tangan, kasut, aksesori mewah dan himpunan barang kosmetik Bellaz.

Tidak pernah menyangka nasib hidupnya diberkati seperti hari ini, Bellaz meluah rasa hati. “Siapa sangkakan… saya yang naik gerek sebelum ni, niaga karipap pagi-pagi buat makeup background berlatarkan papan rumah kesayangan saya… hina saya sehinanya… fitnah macam-macam, saya sabar terus sabar.”

Baru berusia 28 tahun, ada tiga anak, suami penyayang dan ada bisnes sendiri pastinya satu pencapaian membanggakan buat anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini. Bellaz mula serius mendalami dunia solekan sejak hamil anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula dengan live tutorial mekap di media sosial, nama Muabellaz kian meningkat naik. Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea menghasilkan rangkaian produk kosmetik keluaran sediri.

Pada 4 Januari lepas, Bellaz menerima jemputan untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah majlis. Ternyata, ia menjadi antara detik paling bermakna dalam hidup Bellaz kerana berpeluang mendekati tokoh negarawan itu.

“Alhamdulillah, syukur dapat berjumpa negarawan Malaysia. Masa saya lahir nama beliau dah gah dikenali di seluruh pelusuk dunia. Selama 28 tahun hidup hari ini dalam sejarah saya, siapa sangka saya dapat duduk di sebelah orang yang banyak beri sumbangan pada negara kita.

Saya hanya orang kampung biasa, seorang anak nelayan, hari ini saya mengiringi beliau ke dalam dewan duduk bersebelahan dengan beliau. Syukur alhamdulillah. Terima kasih pada Fiqa dan Tun M kerana menjemput saya dan suami. Dan terima kasih atas segala nasihat, pandangan dan kata-kata semangat pada kami semua usahawan-usahawan Malaysia untuk terus maju.”

Harapan Nona agar tahun 2021 membuka lembaran baharu buat Bellaz untuk mencipta lebih banyak kejayaan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada golongan wanita dalam mengejar impian hidup.

 

 

Kredit: Facebook Muabellaz

IKLAN
Share