
Leuniey Natasha Isteri Khairul Fahmi
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.
Disember ini, pasangan romantis berkenaan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Tak dinafikan, raut wajah cantik dan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex.
Meniti usia 34 tahun, Leuniey Natasha gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers.
Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikai lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.
18 November lalu, anak kedua Apek dan Leuniey iaitu Khaleel Emir menyambut ulang tahun kelahiran ke-10.
Titip ibu jelita ini, “Happy 10th birthday my little gentleman Khaleel Emir.”
Dalam kesibukan urus keluarga dan suami, Leuniey Natasha juga rancak mengusahakan bisnes tudung miliknya iaitu Luni. Difahamkan sambutan para hijabi terhadap tudung berkenaan cukup menggalakkan.
Kongsi Leuniey, “Alhamdulillah Mashallah Tabarakallah, Luni nak ucapkan banyak banyak terima kasih buat Luni Sisters. Sepanjang ‘Dalal series’ release tak henti-henti permintaan dari Luni Sisters yang minta selalu Luni restock Dalal.
Dalal series standard and mini size adalah essential shawl everyday Luni dari material yang sangat premium iaitu Rayon cotton jersey comes with matching inner cap. And kalau siapa yang kenal Luni years ago memang this type of shawl memang staple Luni.
Since 2017 Luni dah sebati pakai cotton shawl from many types of brands. And I’m so proud Luni boleh keluarkan from Luni punya sendiri.”
Mengimbas kembali momen ijab kabul Leuniey dan Apex pada 28 Disember 2012, jelitawan ini ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal tersebut yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey mencuri tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz.
This website uses cookies.