Dah besar puteri kesayangan bintang bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha! Difahamkan anak gadis yang kian meningkat dewasa bernama Kayla Elayna ini juga merupakan satu-satunya anak perempuan pasangan selebriti berkenaan.

Makin menginjak usia, makin terserlah kecantikan Kayla yang dilihat mewarisi kejelitaan ibu tersayang. Tanggal 3 Februari lalu genap 11 tahun usia puteri kesayangan Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex.

Kayla Elayna, Puteri Kesayangan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan!

Menerusi perkongsian di media sosial, kedua-dua ibu bapa muda tersebut memuat naik momen hari lahir Kayla di samping keluarga mereka. Selain turut menitipkan ucapan syukur atas kurniaan terindah dikurniakan cahaya mata seperti Kayla Elayna.

“Happy 11th birthday satu-satunya baby girl mummy daddy kakak Ela (Kayla Elayna). Membesar dengan baik dan sihat-sihat selalu, anak baik mummy daddy, we love you so much.

Now you dah masuk teen phase kakak, may love and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life. InshaAllah. Ameen.”

Ads

Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan!

Dalam majlis sambutan hari lahir itu, Kayla kelihatan ceria dengan gaya denim biru dan putih. Sementara Apex, Leuniey dan dua adik-beradiknya turut mengenakan persalinan sedondon putih.

Sementara itu, kejelitaan Leuniey Natasha turut menarik perhatian warga maya. Hampir 13 tahun bergelar suri hati Khairul Fahmi, raut wajah cantik dan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan Leuniey.

Meniti usia 34 tahun, ibu penyayang ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.

Ads

Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan! Anak Perempuan Khairul Fahmi Injak Usia Remaja, Wajah Cantik Leuniey Natasha Jadi Tumpuan!

Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.

Ads

Mengimbas kembali momen ijab kabul pasangan sama cantik sama padan ini pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal tersebut yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey mencuri tumpuan ramai.

Artikel https://www.nona.my/majlis-kahwin-pernah-jadi-tarikan-bualan-wajah-terkini-leuniey-ratu-hati-khairul-fahmi/

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI