Tiada apa yang mustahil. Itulah gambaran paling tepat tentang kemenangan Miss Universe Amerika Syarikat, Rbonney Gabriel yang dinobatkan Miss Universe 2022 yang berlangsung sebentar tadi.
Kredit foto: MissosologyKredit foto: Missosology
Gadis berdarah kacukan Amerika & Filipina ini merupakan seorang pereka fesyen berbakat. Pada usia 28 tahun, Rbonney merupakan salah seorang wakil paling berusia yang pernah memenangi pertandingan Miss Universe sekaligus penyandang tertua gelaran itu pernah direkodkan.
R’Bonney mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Andrea Rubio dari Venezuela. Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Dominican Republic, Andreina Martinez Founier.
Ads
Kredit foto: Missosology
Kali terakhir wakil Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Miss Universe adalah pada tahun 2012 menerusi Olivia Culpo (yang juga merupakan hos program Miss Universe 2022 hari ini).
Rboy yang juga merupakan CEO kepada syarikat pakaiannya sendiri menerima pendidikan di University of North Texas dan memperoleh Sarjana dalam Reka Bentuk Fesyan dalam bidang Fabrik. Rbonney juga mula menjahit sejak dia berumur 15 tahun lagi.
Menariknya jawapan Rbonney sewaktu pusingan Top 5 dan mesej yang disampaikan pada bahagian belakang cape yang dipakai oleh R’Bonney semasa pusingan pakaian mandi turut menjadi perhatian.
R’Bonney berkata dia berharap satu perubahan yang diharapkan olehnya di pentas Miss Universe adalah faktor usia dan mengharapkan lebih ramai wanita berusia diberikan peluang untuk menyertai Miss Universe.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali superstar Beyonce bukan? Selepas hampir 4 tahun tidak melangsungkan sebarang konsert mahupun persembahan, sebuah hotel mewah di Dubai yang baru dilancarkan sanggup berhabis RM111 juta untuk Beyonce ‘perform’ selama sejam!
Hotel yang diberi nama Atlantis The Royal telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal itu untuk membuat persembahan. Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun ‘berehat’, bayaran untuk Beyonce menjadi perbualan hangat dan topik utama tabloid dan surat khabar.
Sewaktu konsert tersebut, Beyonce menghidangkan 19 buah lagu termasuk menjemput anaknya, Blue Ivy yang berumur 11 tahun ke atas pentas.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam! Penampilan eksklusif isteri kepada penerbit dan penyanyi rap Jay-Z juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan dua persalinan, gaun kuning serta merah apatah lagi persembahan penuh bertenaga dan dramatik memukan para penonton pada majlis eksklusif tersebut.
Sementara itu Dailymail turut melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Menurut sumber Gempak, bilik tersebut terletak di tingkat 22 memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’. Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah kulit anda menggambarkan usia anda sebenar? Mungkin ada wanita yang sangat bertuah memiliki kulit yang tegang dan cantik. Jika ada seorang perokok, kulit kerap terdedah di bawah sinaran matahari, menghadapi kekeringan kulit dan kedutan maka anda akan kelihatan lebih tua daripada usia yang sepatutnya.
Produk penjagaan kulit, anti-penuaan dan rawatan jerawat adalah merupakan industri yang kian berkembang pesat dek kerana memahami kehendak wanita yang sentiasa ingin kelihatan muda dan sihat. Proses penuaan adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan, namun keprihatinan anda dalam penjagaan kulit sedikit sebanyak dapat membantu melambatkan proses ini. Pelbagai punca yang harus dihindari oleh anda untuk mengelakkan penuaan sebelum usia sebenar.
Hindari risiko penuaan
1. Alkohol
Kesan pengambilan alkohol yang boleh meyebabkan kekurangan air dalam badan adalah memang sudah diketahui umum seperti kulit akan menjadi kering, garisan halus di bawah mata, dan juga kedutan. Selain itu, alkohol menjadi punca kepada kemerahan dan alahan apabila salur darah mengembang.
2. Kafein
Menikmati secawan kopi pada bila-bila masa sahaja memberi kenikmatan yang tidak terhingga terutama aromanya. Walaupun anda cukup menggilai minuman ini, tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu mengambil banyak air kosong selepas itu. Kadang-kadang anda perlu berhati-hati dengan minuman tenaga berkafein yang ada di pasaran kerana dikhuatiri mengandungi lebih banyak kafein berbanding kopi. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kering, kusam dan berkedut.
3. Rokok
Nikotin yang terdapat di dalam rokok meningkatkan jerutan salur darah. Kesannya pula adalah seperti ton kulit akan menjadi kusam dan dipercayai mengurangkan vitamin C.
Makanan untuk kulit
Alam semula jadi kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit anda seperti buah-buahan. Kulit seharusnya dijaga dengan sempurna agar tiada garisan halus, kedutan dan kekusaman dapat dielakkan. Mungkin buah-buahan yang anda selalu ambil pada setiap hari dapat membantu untuk mengekalkan kulit anda supaya kekal muda.
2. Buah betik berkalori rendah mengandungi karoten yang menghasilkan vitamin A. Ia mengandungi bahan anti oksida yang keremajaan kulit boleh dikekalkan dengan hanya pengambilan sekurang-kurangnya 200-250 gram buah betik sehari sudah memadai
3.Bahan anti oksida terdapat di dalam teh hijau juga. Ia mampu melindungi kulit dari sinaran ultraviolet dan juga bahan kimia yang ada di udara, menghalang kedutan terbentuk serta menyingkirkan jeragat pada kulit muka.
4. Lidah buaya atau aloe vera boleh dikatan sebagai tumbuhan ajaib yang mempunyai pelbagai kegunaan positif terutama untuk kulit anda. Jus lidah buaya dipercayai boleh menghalang jerawat tumbuh dan pigmentasi kulit. Anda boleh minum 30-40 ml jus ini untuk kulit yang baik. Awas! Jangan estrak sendiri jus aloe vera, tetapi anda boleh mendapatkannya dalam jus yang sudah diproses.
Wanita dan penjagaan kulit adalah sinonim sekali pada zaman yang serba moden ini. Kecantikkan kulit mendorong mereka untuk melakukan apa sahaja agar kulit sentiasa kelihatan muda dan sebarang kecacatan.
Tidak dinafikan ramai yang kurang arif tentang penjagaan kulit lalu mendorong mereka ini untuk mengambil langkah yang tidak sepatutnya seperti suntikan vitamin C, botox dan rawatan kolagen. Namun mereka tidak sedar akan kesan pada jangka masa panjang nanti. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengekalkan keremajaan kulit adalah dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan segar dengan teratur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat di dengar. Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Meraih kebahagiaan menjadi impian setiap pasangan. Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. 25 tip berikut boleh dijadikan panduan buat anda dan pasangan untuk hidup bahagia:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!