Ibarat munculnya pelangi selepas hujan. Suatu ketika dahulu Maia Estianty pernah diuji hebat apabila rumah tangganya ‘hancur’ dan hidup dalam kesulitan kerana berjauhan daripada tiga anak kesayangan. Bertahun-tahun figura ini mengumpul kekuatan untuk bangkit dan akhirnya menemui kebahagiaan.

Maia Estianty merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela sekitar tahun 2005. Dia pernah menjadi bualan ramai menerusi lagu hit Teman Tapi Mesra sebelum kisah penceraiannya bersama Ahmad Dhani tersebar luas.

Sah berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa itu pada tahun 2008, Maia diulit bahagia sampai sekarang setelah sah bernikah dengan usahawan ternama Indonesia, Irwan Mussry.

Fasa Bahagia Maia Estianty

Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7!

Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7!

Dia kembali menjadi isteri pada tanggal 29 Oktober 2018 selepas dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.

Tahun ini genap tujuh tahun pasangan romantis berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan. Gembira dan syukur atas kurniaan seorang sosok suami yang baik, Maia menerusi media sosial menitipkan ucapan penghargaan buat lelaki kesayangannya.

Ads

“7 tahun cinta, 7 tahun tawa, 7 tahun belajar menjadi satu jiwa. Bukan kesempurnaan yang membuat kita tetap bertahan, tapi kasih yang selalu pulang pada tempat yang sama iaitu kamu. Happy Anniversary my love. You are best of the best.”

Mengenang kembali detik menjadi suri hati, kesederhanaan Maia bernikah secara diam-diam dan sederhana di Jepun meraih pujian peminat setia.

Artikel https://www.nona.my/diratukan-suami-perhiasan-mewah-blue-sapphire-digayakan-maia-estianty-di-majlis-kahwin-anak-cecah-usd-578-ribu/

Ads

Perkahwinan Kedua Maia Estianty

Maia dan Irwan Mussry diijab kabul di Masjid Tokyo Camii sambil disaksikan ketiga-tiga anak lelakinya hasil perkongsian hidup dengan Ahmad Dhani.

Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7!

Pada hari bahagia itu, kedua-dua ibu bapa Maia iaitu Harjono Sigit dan Kusthini hadir memberikan restu. Malah personaliti ini mendedahkan bapa tersayang tidak dapat menahan sebak ketika majlis berkenaan.

“Pada saat ijab kabul, tangisan ayahku sebelum selesai membaca bacaan ijab, pecah seada-adanya sampai kira-kira 10 minit, sehingga proses ijab kabul harus diulang oleh ayah yang akhirnya tenang.

Ads

Aku pikir ayahku adalah lelaki terkuat yang pernah ada, karena aku tidak pernah melihat beliau menangis, ternyata mengantar melepas anak perempuannya, beliau tidak sanggup menahan tangis harunya, diikuti kemudian tangisan ibuku dan ketiga anakku serta saudara-saudara yang datang.”

Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7! Pernah Kecewa Rumah Tangga Hancur, Kini Maia Estianty Ratu Hati Irwan Mussry Kian Bahagia & Rai Anniversary Ke-7!

Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.

Meniti usia 49 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI