Meskipun kedua-dua ibu bapa sudah kembali ke rahmatullah tapi sebagai anak, Nori Abdullah nekad sambung legasi mereka terutamanya Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) yang ditinggalkan arwah ibunya, Tun Endon Mahmood.
Berstatus anak kepada bekas Perdana Menteri dan isteri bekas ahli politik terkenal iaitu Khairy Jamaluddin, Nori selesa menjalani hidup tanpa layanan istimewa serta enggan mengejar populariti.
Sebaliknya, dia aktif menyertai kerja amal dan cukup menjaga privasi keluarga.
Nori Abdullah Anak Allahyarham Tun Abdullah & Tun Endon
Personaliti Nori yang sederhana dan tidak begitu mencampuri kerjaya suami membuatkan dia disenangi ramai. Perwatakan ramah suri hati bekas Menteri Belia dan Sukan ini jelas terpancar ketika dia menghiasi Majalah Nona Edisi Sihat & Cantik tahun 2016.
Ads
Nori dan Khairy mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Averroes.
Anak kedua mereka iaitu Timor Abdullah merupakan seorang kanak-kanak autistik dan mereka sekeluarga menerima keadaan itu dengan penuh reda.
“Setelah didiagnosis pakar perubatan, pada usia tiga tahun Timor disahkan menghidap ASD iaitu Autism Spectrum Disorder, maka boleh dikatakan ia banyak mengubah kami.
Saya juga memberikan tumpuan yang lebih sedikit kepada Timor memandangkan dia memerlukan perhatian yang lebih. Tiada apa yang perlu kita malukan dengan anak-anak autistik kerana mereka anugerah Tuhan yang paling indah.”
Disifatkan seorang wanita sofistikated dan berdikari, Nori Abdullah menyambung ‘tinggalan’ Allahyarhamah ibu tersayang Tun Endon Mahmood yang memartabatkan batik dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia sehingga ke hari ini.
Ads
Nori Abdullah Reda Pemergian Ibu Bapa
Yayasan ini diasaskan oleh Allahyarhamah Tun Endon pada tahun 2000 dan Nori menjadi Pengerusinya selepas Tun Endon kembali ke pangkuan ilahi pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara.
Pemergian bapa tersayang Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah pada 14 April lalu cukup meninggalkan kesan mendalam kepada Nori. Pun begitu, dia menerusi media sosial menzahirkan penghargaan atas doa, ucapan dan kasih sayang yang diterima daripada rakyat Malaysia.
Luah Nori, dia bersyukur dan menggambarkan pemergian bapa yang dipanggilnya Baba sebagai satu perpisahan menyakitkan. Apatah lagi dengan penyakit demensia yang dialami Allahyarham sejak sekian lama.
Ads
“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa, kasih sayang dan kata-kata semangat. Saya amat menghargainya.
Bukan sekadar ucapan takziah tetapi penghargaan, penghormatan dan kasih sayang yang tidak putus-putus. Ia adalah satu pemberian yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Tuhan itu Maha Pemurah,” tulisnya.
Tambah Nori, teknologi hari ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami bapanya dengan lebih baik menerusi pelbagai dokumentasi serta perkongsian sejarah.
“InsyaAllah sejarah akan berlaku adil kepadanya walaupun beliau manusia biasa yang tidak sempurna. Tetapi seperti yang pernah dikatakan kepada saya, cara seseorang membuatkan orang lain rasa dihargai adalah sangat penting dan Pak Lah pandai membuat orang rasa dihargai.”
Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun dan disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 15 April 2025.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya baharu sahaja bertemu mesra dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Rina Mohd Harun sewaktu beliau hadir merasmikan majlis Nona Superwoman Award pada 18 Disember 2020 yang lalu.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
Namun, pada hari ini Nona telah menerima berita bahawa Datuk Seri Rina Harun telah disahkan positif COVID-19 seperti yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Menurut kenyataan akhbar tersebut, Datuk Seri Rina Harun telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam. Setelah Datuk Seri Rina Harun disahkan positif, beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Datuk Seri Rina Harun juga memohon maaf sekiranya situasi ini telah menimbulkan kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Beliau akan memastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.
Jarang nak tengok Datin Seri Umie Aida bercerita tentang perihal peribadi atau kisah rumah tangga, apa entah lagi untuk memuat naik gambar bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Namun, bila dah sekali upload tentang suaminya itu, romantik sangat!
Mungkin selama ini, pelakon utama filem Dukun itu mengambil pendekatan kebahagiaan sebenar tidak perlu ditunjuk atau dipamerkan terutamanya di media sosial. Cukup sekadar untuk diri sendiri, pasangan dan keluarga.
Terbaharu, melalui entri terbaharu di laman instagram miliknya, Datin Seri Umie Aida tiba-tiba diserang sesak nafas selepas makan seulas cempedak dan terpaksa didukung dan dibawa ke hospital oleh suaminya.
“Tak sampai seulas saya makan cempedak. Tiba-tiba boleh terkena serangan angin sampai ke ulu hati. Subhanallah…sakitnya sampai tak boleh bernafas.
Kebetulan suami balik untuk makan tengah hari, terus hantar saya ke hospital”, tulisnya di laman Instagram.
Mujur ada orang di rumah yang boleh membantu beliau untuk ke hospital. Tapi, bila dah sampai hospital, lain pula jadinya. Kelakar pun ada.
“Yang peliknya, sampai hospital doktor dan nurse nak berikan injection tapi sakit dah hilang. Terus saya cakap dengan doktor tak perlu injection, saya dah sihat”, jelasnya lagi.
Bertuah sangat dapat suami yang penyayang dan romantik macam ni. Waktu sakit macam ni lah sesuai sangat dan bermanja-manja dengan suami, bukan?
Meurut Datin Seri Umie Aida juga, kejadian yang sama pernah berlaku pada dirinya di Penang pada tahun 2002.
Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa yang serius kepada beliau. Selepas ini, kena lebih berhati-hati dalam soal memilih makanan ya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Deritanya tengok kanak-kanak yang diserang makhluk kecil sengkenit ini. Setiap kali cubaan untuk tanggalkan sengkenit, anak kecil akan meraung kesakitan malah terpaksa menahan rasa gatal yang teramat sangat. Jangan sesekali mengabaikan penangan sengkenit sebab ia mampu membiak sejumlah telur hingga mampu bermaharajalela pada anggota badan tertentu dalam tempoh yang lama.
Mujur, perkongsian Dr Abdul Rahim menerusi entri terbarunya di Facebook tentang sengkenit membuka ruang kepada para ibu bapa mengatasi masalah ini. Terangnya, sengkenit atau ada yang menggelarnya kutu babi, tempiras, pirah atau tick ini bersifat seperti drakula. Ia adalah ektoparasit atau parasit luaran yang hidup dengan menghisap darah manusia termasuk mamalia seperti burung, reptilia dan amfibia untuk pembiakan.
Caranya, ia akan sedut darah dengan menggunakan sengatnya yang tajam ke depan dan ada 8 kaki. Habitat sengkenit adalah di lalang dan daun-daun di belukar. Bila ‘rumah’ sasaran menghampiri, ia akan melekat lalu merayap mencari kulit. Menurut Dr Abdul Rahim, kebiasaannya sengkenit suka menghisap darah manusia di sekitar permukaan kulit yang lembut.
Antaranya di :
Muka
Mata
Telinga
Kemaluan
Bila ia hisap darah saiz perutnya akan membesar 30 kali ganda saiz asli. Sengkenit juga suka hinggap dekat kanak-kanak yang gemar bermain dalam semak-samun atau semasa perkhemahan di belukar dan hutan. Bukan itu saja, kanak-kanak yang suka menggomol dan peluk haiwan peliharaan mereka seperti kucing, anjing, ayam, burung dan sebagainya yang telah diserang sengkenit berisiko besar dijangkitinya.
RAWATAN
Zaman dulu di kampung, ibu bapa akan sapu kapur sireh untuk tanggalkan sengkenit. Ada juga yang sapu minyak panas.
Jika di klinik, doktor akan menggunakan forcep artery / penyepit untuk memudahkan proses menanggal sengkenit setelah dibius bahagian yang terlibat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.