Pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dikenali sebagai Pak Lah pastinya satu kehilangan besar buat negara. Disifatkan negarawan terbilang dan disegani di mata dunia, kembalinya Pak Lah ke rahmatullah baru-baru ini nyata memberi kesan mendalam terhadap keluarga allahyarham terutamanya anak sulung iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah.

Satu-satunya anak lelaki kepada Allahyarham Tun Abdullah dan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, Tan Sri Kamaluddin atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Kamal merupakan tokoh korporat.

Artikel https://www.nona.my/pencetus-islam-hadhari-sosok-terkini-tun-abdullah-badawi-genap-usia-84-buat-ramai-sayu/

Anak Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Abdullah Tokoh Korporat

Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak!
kamal_ab

Berusia 55 tahun, beliau merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif ENRA Group Berhad iaitu sebuah firma perkhidmatan minyak dan gas. Tidak dinafikan Tan Sri Kamal mewarisi wajah bapanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain Tan Sri Kamal, Allahyarham Tun Abdullah dan Allahyarhamah Tun Endon turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nori Abdullah. Nori ialah isteri kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga ibu tiga anak.

Ads

Tan Sri Kamal meskipun bergelar ahli konglomerat dan berstatus VIP namun dia sebenarnya seorang figura yang santai dan gemar berkongsi aktiviti di media sosial miliknya.

Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak!

Mengamati perkongsian Tan Sri Kamal, rupa-rupanya bapa kepada empat cahaya mata ini berbakat dalam bidang masakan dan penggemar makanan!

Ads

Tan Sri Kamaluddin Bapa 4 Anak

Tan Sri Kamaluddin sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Azrene Abdullah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak terdiri daripada dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Amira, Alya, Ahmad dan Arif.

Salah seorang anaknya, Amira atau lebih dikenali sebagai Mizz berusia 24 tahun merupakan penyanyi dan bergiat aktif dalam seni lakonan. Dia juga pengasas Move For Hope.

Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak! Satu-Satunya Anak Lelaki Pak Lah, Tan Sri Kamaluddin Tokoh Korporat & Sosok Bapa Penyayang 4 Anak!

Ads

Tan Sri Kamal yang juga graduan lulusan University of Cambridge, United Kingdom bertemu jodoh dengan Fareshah Abdullah pada April 2021.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 15 April lalu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu Tun Jeanne Abdullah dan dua anak iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan Nori Abdullah.

Tun Abdullah atau mesra dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam, 14 April 2025.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI