11 Januari pastinya menjadi tarikh yang diingati oleh setiap peminat seni tanah air kerana ia merupakan tarikh kelahiran penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Setiap kali menjelang tanggal 11 Januari saban tahun, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini bukan hanya diraikan oleh kaum keluarga dan peminat tersayang malah stesen radio tempatan juga mengambil peluang ini untuk memutarkan lagu-lagu popular dendangan Dato’ Sri Siti sebagai menghargai karier anak seni berbakat besar tersebut.

IKLAN

Antara stesen radio terlibat yang turut meraikan hari lahir Dato’ Sri Siti hari ini termasuk Hot FM, THR Gegar, Kool FM, ERA FM, Suria FM, Sinar FM dan Best FM. Wah, bertuahnya insan bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Tulis Dato’ Sri Siti dalam Instagram @ctdk, “Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya adalah satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.

Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat saya.”

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, pada hari yang cukup bermakna ini juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya terbuka untuk berkongsi jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Mac nanti.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BdyyV2lBI6L/?hl=en&taken-by=ctdk

 

Tahniah, Dato’ Sri Siti dan suami. Moga bayi perempuan yang dilahirkan kelak membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada agama dan masyarakat.