Hampir dua tahun si kecil anda dilahirkan. Zahirnya, dia kelihatan normal tetapi hanya sedikit perkataan terpacul dari mulutnya. Semakin hari, semakin risau si ibu namun si kecil tadi tetap dengan aktiviti lasaknya. Masih menyanyi, berborak dan membebel walaupun butir bicaranya tidak jelas dan lancar. Bagi ibu bapa, selain membawa mereka bertemu pakar, anda tidak perlu berfikir yang bukan-bukan. Informasi ini pasti menambah pengetahuan anda.

IKLAN

Kenali si kecil ‘late talker

  • Kanak-kanak berusia 18 hingga 30 bulan
  • Boleh memahami bahasa atau percakapan dengan baik
  • Meningkatkan keupayaan skil bermain, berfikir dan sosial
  • Boleh memberi tindak balas terhadap sesuatu emosi
  • Terhad dari segi pertuturan dan penggunaan perkataan

Ketahui bagaimana untuk menilai keupayaan ‘late talkers:

IKLAN
  • Sebelum 12 Bulan
  • Si kecil akan memulakan butiran atau sebutan mereka dengan penggunaan perkataan yang singkat-singkat. Bercakap secara lembut dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan mereka. Semakin usia mereka meningkat, pertuturan si kecil bertambah jelas dengan penggabungan perkataan singkat menjadi satu perkataan. Biasanya anda boleh melihat peningkatan ini pada usia mereka sembilan bulan.Perkembangan mereka boleh terus diperhatikan dengan keupayaan untuk peka kepada bunyi. Mereka mula mengenali objek-objek yang paling hampir seperti botol susu dan puting. Seandainya mereka tidak memberi tindak balas terhadap perkara-perkara ini, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar pendengaran.
  • Dari 12 Hingga 15 BulanDalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan Mama bola itu.”
  • Dari 18 Hingga 24 BulanKanak-kanak mempunyai pelbagai keupayaan dan lazimnya mereka boleh menyebut 20 patah perkataan. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkataan yang boleh disebut oleh si kecil. Jika diperhatikan, si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “adik menangis“ atau “bas besar.”
  • Dari 3 Hingga 4 Tahun

Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya.Pada usia tiga tahun, mereka mampu untuk menerima arahan dan bertindak balas terhadap apa yang disuruh. Contohnya, jika mereka disuruh menyimpan kembali barang mainan yang berselerak ke dalam bakul atau duduk untuk menikmati hidangan.

IKLAN

Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Bawa mereka berjumpa doktor
  • Pertemuan dengan pakar untuk memeriksa pendengaran mereka adalah langkah pertama yang perlu diambil. Sesetengah ibu bapa berpendapat, setelah melepasi ujian pendengaran sewaktu bayi baru dilahirkan, ia menunjukkan bahawa si kecil tidak mempunyai masalah pendengaran. Pendapat ini adalah salah dan sebagai ibu bapa, anda perlu membawa mereka bertemu pakar.
  1. Perhatikan tindak balas tubuh badan, cara bermain dan pandangan mata
  • Selidik gerak-geri mereka terutama ketika mereka berada di sekeliling rakan-rakan mereka. sekiranya mereka dilihat agak ketinggalan, bawa si kecil bertemu dengan pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang sesuai untuk mereka.
  1. Aktiviti berulang
  • Baca buku atau nyanyian secara berulang kepada si kecil. pengulangan ini boleh membantu mereka mengingati dan mengikut apa yang dibaca dan dinyanyikan. Lama kelamaan, mereka boleh menyambung nyanyian anda dengan perkataan, dan ini boleh menambahkan koleksi perkataan si kecil.
  1. Gabungkan perkataan dan aksi
  • Bantu mereka mempelajari kuasa perkataan seperi “Sedia…mula!” sebelum melakukan aktiviti menggembirakan. Ulangi dan anda boleh lihat perkembangan mereka mengikut kata-kata anda.
  1. Sayangi mereka
  • Kasih dan sayang mengatasi segalanya-galanya. Kanak-kanak perlu disayangi dengan hubungan yang lebih akrab dengan ibu bapa.