Ads

“Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor

Baru-baru ini, pelakon dan pelantun lagu Gatal, Janna Nick ada berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya, Kissya Nick di sebuah restoran terkemuka. Hantaran tersebut nyata mengundang perhatian peminat Janna yang kagum melihat keakraban keluarga Janna.

“Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon dan model, Dini Schatzmann.

Menurut kepsyen yang ditulis Janna, dia ada menitipkan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta mendoakan adiknya berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti. Menjengah akaun Instagram Nurul Balqish sendiri, dia kinipun sudah memiliki hampir 63 ribu pengikut.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.

Selain sebiji kek, turut kelihatan Janna dan ahli keluarganya memberikan kejutan menghadiahkan sebuah iPhone 14. Yang turut menarik perhatian warga maya juga adalah kecantikan dua adik beradik ini yang nyata manis kerana sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.

Ads

“Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.

Ads

“Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor “Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor “Dua-Dua Pun Cantik!” Adik JANNA NICK Mulai Raih Perhatian Ramai, Bakal Bergelar Doktor

Kredit foto: Instagram @jannanick & @kissyanick

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ratu Skuasy, S. Sivasangari Juara Grasshopper Cup 2026

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133...

Sejarah tercipta di Switzerland apabila pemain skuasy nombor satu negara, S. Sivasangari merangkul kategori emas Grasshopper Cup 2026 pada 26 April lalu. Kejayaan itu diraih atlet wanita berusia 27 tahun berkenaan selepas menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Jepun, Satomi Watanabe dalam aksi sengit selama 62 minit.