Perasan tak bila kita rajin bersenam, muka pun semakin berseri-seri. Pelakon, model dan pengacara, Ramona Zamzam misalnya semakin hari semakin cantik. Siapa sangka satu masa dahulu kulit Ramona pernah breakout sampai dia terpaksa ‘berehat’ dari berlakon!
Ruang masa yang ada, Ramona gunakan untuk terus menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Dalam tempoh kuarantin sejak PKP lalu, Ramona cukup gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman walaupun hanya dari rumah. Boleh ‘curi’ idea ni dari Ramona!
Bagi Ramona, kecantikan bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Baik sewaktu belum berkahwin atau sudah mempunyai anak, penjagaan kecantikan tetap diutamakan. Cuma bezanya, ruang masa yang terhad membataskan untuk dia lebih fokus.
Ads
Sama sahaja sebelum dan selepas ada anak, cuma lepas ada anak lebih struggle untuk mencari masa terutamanya ketika tahun pertama. Saya sering membuat rawatan muka sebulan sekali dulu kerana kerjaya saya memerlukan saya menggunakan banyak makeup. Jadi secara tidak langsung muka menjadi kering dan apabila selalu dicuci ia kehilangan minyak semulajadinya. Saya akan ke salun kecantikan untuk refresh balik.
Apabila ada anak, paling susah sekali adalah untuk work out. Dulu, saya paling seronok dapat keluarkan peluh, buat senaman sebab kita rasa sangat puas dan sihat. Sekarang kalau ada masa, saya akan buat dua benda iaitu berenang kerana ia paling senang. Sejenis senaman yang membuatkan seluruh badan bergerak. Sangat vigorous. Work out the whole body. Kedua saya akan buat core work out, plank, sit-up, squad dan banyak lagi.
Ads
Membelek laman Instagramnya, Ramona banyak memperkenalkan jenama kecantikan untuk kulit wajah. Apabila sudah banyak terdedah dengan penggunaan chemical dalam solekan, tentu Ramona pernah mengalami masalah kulit.
“10 tahun lepas, saya mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Hampir setiap hari menjalani sesi penggambaran untuk modelling dan berlakon. Muka menang tidak pernah lekang dengan mekap sehingga menyebabkan kulit saya rosak.
Ketika itu saya memang tak tahu untuk menanggalkan solekan perlu gunakan cleanser water, makeup remover dan sebagainya. Saya hanya gunakan pencuci biasa sahaja.
Ads
Lama-kelamaan tumbuh bintik-bintik kecil memenuhi ruang wajah. Pernah juga saya menolak tawaran untuk penggambaran sebagai salah satu cara untuk ‘memberi kebebasan’ pada wajah daripada sebarang bahan kimia solekan pada kulit.
Beratus kali juga buat facial dan jaga pemakanan terutamanya buah dan sayur. Sayuran dan buah-buahan ini berkait rapat dengan penghadaman. Jika ada masalah penghadaman, boleh juga membuatkan kulit menjadi tidak sihat.”
“Saya gembira sangat dapat take a break daripada penggambaran kerana masuk saja tahun 2020 ni, jadual saya agak ketat. Somehow saya sangat bersyukur dengan saranan yang diambil pihak kerajaan ini,” katanya.
Kredit foto dan video: Instagram Ramona Zamzam
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang sedia maklum, primadona Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup 7 tahun bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Dan baru-baru ini, Erra Fazira yang cukup terkenal ketika era 90-an dengan filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Gerak Khas itu ada memuat naik gambar serta videa dia meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang juga penyanyi dan model terkenal itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.
Namun yang menarik perhatian warga maya adalah keanggunan anak dara Erra Fazira tersebut yang tampil sopan dan anggun dengan imej bertudung di samping ibunya meraih pujian ramai. Dapat dilihat Aleesya mengenakan selendang berwarna kelabu serta kemeja putih sedondon dengan ibunya yang turut memakai pakaian tona serupa.
Difahamkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menemani Aleesya dan rakan-rakan melayan pengunjung di booth pameran sekolahnya. Di ruangan komen, netizen memuji Aleesya yang dilihat semakin sopan dan ayu bila pakai tudung. Netizen turut mengusik Erra mengatakan dia dan Aleesya seperti adik dan kakak!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini 18 Oktober 2022 genaplah usia anak sulung kepada Saida Tarudin yang ke-25 tahun. Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.
Berkongsi posting di akaun Instagramnya, Saida menitipkan ucapan serta doa buat anak sulungnya, Nyssa Ghazali yang cukup menyentuh jiwa. Ucapan dan doa yang sangat bermakna dari seorang ibu buat seorang anak.
Nyssa merupakan zuriat dari pekahwinan Saida yang pertama. Dia dikurniakan dengan empat cahaya mata.
Di posting tersebut, Saida berkongsi beberapa foto ‘throwback’ bersama Nyssa. Jelas terlihat, hubungan ibu dan anak ini sangat rapat. Nyssa juga mewarisi kecantikan ibunya serta manis dipandang.
Tak sekadar itu, Saida pernah berkongsi bersama Nona bahawa anak gadisnya itu berbakat besar dalam bidang kecantikan khususnya solekan.
Tulis Saida di ruangan kapsyen:-
“Selamat ulangtahun kakak sayang @nyssaghzli anak yang kuat, ibu sentiasa mendoakan segala urusanmu dipermudahkan, Amin. Berjaya dunia akhirat. Aminn. LOVE U SO MUCH.”
Turut menitipkan ucapan ialah Siti Sairah, adik kepada Saida.
Memetik kata-kata Saida yang pernah dikongsi bersama Nona buat Nyssa agar anak sulungnya itu sukses dalam bidang yang diminati iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurutnya lagi, mereka umpama sahabat baik. Jika bersembang mereka gemar berkongsi tentang kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan jiwa yang dimiliki oleh ibu dan anak ini.
Bagi Nyssa pula, antara rahsia kecantikan ibunya ialah sentiasa murah dengan senyuman dan berjiwa bersih.
“Ibu sering berpesan, sentiasa murah dengan senyuman dan hati kena ikhlas. Secara tak langsung kecantikan dalaman dan aura awet muda itu akan terserlah. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsi kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”
Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin @nyssaghzli
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan sesekali skip rutin mencuci muka kerana ia fasa paling penting untuk membersihkan segala kotoran seperti habuk dan bakteria supaya wajah sihat serta bebas daripada sebarang masalah kulit.
Selepas bekerja sepanjang hari, anda ‘wajib’ mecuci muka. Langkah ini berguna agar produk penjagaan kulit yang akan digunakan mudah menyerap lebih banyak ke dalam kulit.
Bercakap tentang mencuci muka, masih terdapat perdebatan tentang suhu air yang sesuai, sejuk atau suam agar kulit menjadi lebih sihat.
AIR SEJUK
Memetik perkongsian Healthline, mencuci muka dengan air sejuk mempunyai banyak manfaat untuk kulit termasuk mencegah jerawat. Pakar turut menjelaskan, air sejuk membantu mengawal tahap minyak (sebum) yang boleh menghalang jerawat.
Air sejuk juga berguna untuk mengecilkan pori-pori dan menanggalkan kotoran pada kulit muka.
Jika seseorang itu mempunyai kulit kering yang kronik, air panas boleh menanggalkan paras sebum (minyak) dan memburukkan lagi masalah jerawat. Jadi, air sejuk adalah alternatif.
Walau bagaimanapun, air sejuk juga mempunyai beberapa kelemahan kerana boleh mengetatkan pori-pori. Bakteria dan kotoran boleh terperangkap dalam kulit.
Oleh itu, disyorkan mencuci muka dengan air suam dahulu bagi menanggalkan solekan dan kotoran. Kemudian, bilas dengan air sejuk untuk mengetatkan pori-pori dan melancarkan peredaran darah.
AIR SUAM
American Academy of Dermatology mengesyorkan mencuci muka dengan air suam. Berdasarkan penjelasan seorang doktor dan pakar penjagaan kulit, mencuci muka dengan air suam membolehkan penyerapan maksimum produk penjagaan kulit.
Namun, perhatikan dulu suhu air agar tidak terlalu panas. Air yang panas boleh menyebabkan kerosakan pada kapilar kecil di bawah kulit.
MENJAGA KEBERSIHAN KULIT MUKA
Selain memperhatikan suhu air, jaga kebersihan kulit muka dengan mencuba tip berikut: –
Cuci Muka Dengan Lembut
American Academy of Dermatology menyarankan, gunakan hujung jari ketika mencuci muka. Kemudian, keringkan dengan tuala lembut dengan cara ditepuk-tepuk lembut.
Jaga Hidrasi Kulit Muka
Anda boleh memilih produk mencuci muka dengan formulasi yang menghidrasi. Jangan lupa untuk minum air putih secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Sebaiknya gunakan pembersih yang lembut untuk kulit. Kemudian, gunakan serum dan losyen dengan bahan aktif yang sesuai seperti salicylic acid dan vitamin C.
Cuci Muka Dua Kali Sehari
Cuci muka dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana boleh membuat kulit dehidrasi dan iritasi. Mencuci muka pada waktu malam sangat penting bagi menghilangkan solekan dan kotoran.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.