Gaya Hidup

Usia Perkahwinan Cecah 2 Tahun, Hannah Delisha Makin Berseri-Seri & Sukses Jadi Anak Seni!

Sejak berkahwin dan berhijab, makin cantik berseri-seri Hannah Delisha! Kian menjadi rebutan syarikat produksi dan dilantik sebagai duta produk, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menjadi bualan apatah lagi drama lakonannya ‘Andai Itu Takdirnya’ ditayangkan baru-baru ini.

Bakal menginjak usia 27 tahun, Hannah yang kini isteri Muhammad Imam Shah yang juga pelakon kelahiran Singapura menyambut ulang tahun perkahwinan di samping suami tercinta pada 18 Februari lalu.

Alhamdulillah, diam tak diam dah dua tahun rupanya usia rumah tangga Hannah dan Imam!

Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha

Pasangan ini selamat bernikah pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Terbaharu, Hannah dilantik sebagai duta jenama Bulan Bintang. Penampilan aktres jelita ini ketika pertunjukan fesyen sempena Hari Raya nyata menawan hati hadirin yang datang.

Biarpun sudah berhijab namun Hannah bijak bergaya dan tampil cantik dengan cita rasa fesyen sopannya.

Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha

“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza. Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini.

Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple. Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai.

Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up

dan menggayakan fesyen haute couture.”
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha
Kredit Instagram @hannahdelisha

Mencipta nama menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer, Hannah turut menjadikan Neelofa sebagai inspirasi untuk berjaya.

IKLAN
Share