
Meniti usia 53 tahun, pengarah dan pelakon ‘legend’ tersohor, Melissa Saila masih kekal menawan. Bagai tak dimamah usia, Melissa Saila cantik semula jadi.
Dilahirkan dalam keluarga seni bertaraf legenda, Melissa memiliki bakat luar biasa yang diwarisi daripada ibunya, Seniwati Mariani serta ibu saudara Puan Sri Saloma.
Walaupun tidak seaktif dulu, hampir 40 tahun Melissa bergelar anak seni.
Melihat kepada perkembangan terkininya yang aktif di media sosial, Melissa yang terkenal dengan drama bersiri popular ‘Cili Padi’ menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias mendirikan rumah tangga dengan Megat Fauzi Shukarnain.
BACA JUGA: Gamit Nostalgia, Penampilan Anggun & Awet Muda Dato’ Sri Siti Nurhaliza Raih Pujian
Hasil perkongsian hidup selama 25 tahun, pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahaya mata yang sedang meningkat remaja berusia 21, 19, dan 16 tahun.
Hubungan mereka sekeluarga juga kelihatan sangat akrab apabila sering meluangkan masa bersama seperti pergi bercuti, makan-makan dan beraktiviti riadah.
Sebagai ibu, Melissa turut berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa bersyukur serta pentingnya menjaga adab dan menghormati orang lain.
This website uses cookies.