Potret Raya Bahagia Along Kamaludin Di Sisi Isteri Jelita, Usia Perkahwinan Cecah 32 Tahun & Kini Punya 2 Cucu!

Syawal menjadi detik penyatuan seluruh ahli keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan. Bersandarkan status anak seni dan selebriti, sambutan Hari Raya Along Kamaludin turut menarik perhatian khalayak khususnya warga maya di media sosial.  

1 Syawal lalu, pengarah ini meraikannya di samping keluarga tersayang yang tampil sedondon dalam persalinan rona biru lembut.

Artikel https://www.nona.my/nyanyi-semula-lagu-dendang-hari-raya-impian-afiqah-jalil-berduet-dengan-ayahnya-jalil-hamid-tercapai/

Along Kamaludin Ceria Rai 1 Syawal Di Sisi Keluarga

Along atau nama penuhnya Shahrom Kamaludin kelihatan ceria di sisi isteri jelita, Arni Idris dan anak-anak, menantu serta cucu kesayangan.  

Memuat naik momen bahagia pagi Syawal, suri hati pelakon yang pernah popular menerusi drama Senandung Semalam ini titip ucapan bermakna.  

“Alhamdulillah untuk satu tahun lagi yang dipenuhi dengan kasih sayang, gelak tawa dan kebersamaan. Semoga Syawal ini membawa barakah, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak terhingga kepada kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri.” 

32 Tahun Along Kamaludin Bahagia Bersama Arni Idris

Tahun ini usia perkahwinan Along Kamaludin dan isteri tercinta, Arni Idris mencecah usia 32 tahun. Pasangan romantis berkenaan mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 1994.

Hasil perkongsian hidup selama lebih tiga dekad, Along dan Arni dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Aisyah dan Amelia. Aisyah juga pelakon dan sudah berkahwin dengan Azim Hamid selama lapan tahun.

Mereka turut mempunyai dua anak perempuan iaitu Raissa dan Reyna. Sementara Amelia pula berkahwin dengan Tarmizi pada tiga tahun lepas.  

Semoga kehidupan keluarga Along Kamaludin dan isteri sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta bahagia sampai ke syurga. 

Share
Published by
Suzi