Gaya Hidup

Uyaina Arshad Bakal Bersalin Anak Kedua, Wajah Comel Raja Urhan Raih Perhatian Peminat!

Manis betul raut wajah anak kepada selebriti Uyaina Arshad! Kecil-kecil lagi sudah terserlah ketampanan putera kesayangan pengacara dan pelakon popular ini.

Berkongsi wajah terkini Raja Urhan di media sosial sempena Ramadan baru-baru ini, perkongsian tersebut nyata menarik perhatian peminat.

Lengkap mengenakan persalinan jubah rona hitam keemasan, anak sulung kepada pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran ini kelihatan ceria bergambar di hadapan sebuah masjid.

Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad

“Orang kata berbuka dengan yang manis-manis. Cukup manis tak senyuman my little Sheikh Raja Urhan ni?

Selamat berbuka puasa hari ke-5 semua. Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Yang Maha Esa.”

Uyaina yang juga merupakan duta jenama muslimah terkenal, Ariani sah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad

Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 September 2022.

Walau sudah berkeluarga namun populariti Uyaina tetap utuh dan menerima banyak tawaran dari segi pengacaraan mahupun kempen produk.

Artikel https://www.nona.my/kerjaya-makin-berkembang-miliki-imej-baik-uyaina-arshad-dilantik-duta-ariani/

Kredit Instagram @uyainaarshad
Kredit Instagram @uyainaarshad

Kalau memang dah berbakat, pergi ke mana-mana pun tetap bersinar. Apatah lagi, Uyaina seorang personaliti yang bijak, memiliki kelulusan undang-undang dan keperibadian yang baik.

Tak hairanlah rezeki jelitawan ini tidak pernah putus.

IKLAN
Share