“Anak-Anak Mesti Kena Lebih Hebat Dari Saya…” Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor
“Saya ingin melahirkan ummah-ummah yang berjaya..” Sangat terinpirasi mendengar ucapan Dato Dr’ Sheikh Muszaphar Shukor baru² ini semasa majlis pelancaran cawangan ke 300 tadika yang diasaskannya. Beliau juga sempat berkongsi tentang bagaimana beliau dan isteri menerapkan pendidikan sebagai teras utama serta ‘standard’ dan indikasi tertentu dalam tumbesaran serta pencapaian anak².
Dato’ Dr Sheikh ditemui sewaktu majlis pelancaran ibu pejabat baharu Keedsflix di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu, sekali gus meraikan pencapaian membuka lebih 300 cawangan di seluruh negara.
Beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan memperkenalkan inisiatif baharu antaranya modul baru iaitu pemerkasaan Modul Keeds Mandarin mulai 1 Januari 2026 di semua cawangan.
Pihaknya turut merasmikan Portal Digital e-KQA (Keedsflix Quranic Academy) yang menyediakan kandungan video pembelajaran al-Quran berasaskan Modul Keeds Quranic serta melancarkan Siri Animasi Pendidikan Keedsflix yang menampilkan watak Islamik Aisyah dan Noah, sebagai solusi ‘screen time’ bermanfaat dengan kandungan berunsur pendidikan.
Pihaknya turut mengumumkan projek usahasama bersama Universiti Sains Malaysia dan SmartSens.Q bagi membangunkan modul pembelajaran al-Quran khusus untuk kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD) melalui pendekatan multisensori, sekali gus membuka dimensi baharu pendidikan awal Islamik.
Majlis perasmian turut dihadiri tokoh pembangunan wanita dan pendidikan, Datuk Seri Dr Zurainah Musa.

