Pernah Berhadapan Depresi, Shakila Kamal Bangkit Dari Florist Kini Miliki Akademi Sendiri!
Episod istimewa Inspirasi Nona kali ini kami membawakan kisah figura wanita hebat di sebalik jenama Bungaa House Floristry Academy, Puan Syakila Kamal.
Siapa sangka, perjalanan lebih sedekad dalam dunia seni gubahan bunga ini memberinya peluang untuk berkarya sekaligus memberikan manfaat pada orang lain, seterusnya bangkit mencipta legasi perniagaan yang kini gah beroperasi selama lebih enam tahun.
Namun, perjalanannya tidak pernah sunyi daripada onak dan duri. Puan Syakila pernah melalui fasa paling gelap apabila berdepan dengan ‘rejection’, ideanya yang dicuri, hingga ke titik terendah yang hampir melumpuhkan seluruh kudratnya. Tekanan emosi yang sarat akhirnya mengundang episod depresi kronik sehingga menjejaskan daya ingatan.
Biarpun berhadapan pelbagai rintangan, jiwanya enggan menyerah kalah. Berpaksikan tawakal dan kecekalan yang tidak berbelah bahagi, beliau bangkit membina semula empayarnya. Jom ikuti temubual eksklusif bersama Puan Syakila Kamal.
#majalahnona

