Dari Tawau Ke Semenanjung, SFJ Group Bina Empayar Kilang OEM Dengan Visi Luar Biasa!
Di sebalik kejayaan SFJ Group berdiri megah dalam industri pengilangan OEM negara, terserlah kepimpinan Sitti Fatimah Janna, seorang usahawan wanita yang berani mencabar batas kemampuan diri. Bukan sekadar membina kilang, beliau turut membuka laluan kepada lebih ramai usahawan tempatan merealisasikan impian memiliki jenama sendiri dan berkembang dalam pasaran yang kompetitif.
Ikuti perkongsian inspirasi bersama penerima NONA Manufacturing & Innovation Excellence Award ini yang turut bergelar Penaja Utama NONA Gala Awards 2026. Sebuah perkongsian yang mengajak kita berfikir lebih jauh, melihat peluang dari perspektif berbeza dan berani mengubah haluan kehidupan. Buka minda, rebut peluang dan mulakan langkah untuk mengubah nasib sendiri!
#majalahnona
#nonagalaawards2026
#SFJ

