Di Balik Empayar Perniagaan Beg Mewah Preloved, Hieda Natasya Pernah Jadi Pramugari & Ibu Tunggal
Siapa sangka, di sebalik kejayaan Hieda Natasya membina empayar perniagaan beg mewah preloved, tersimpan perjalanan hidup yang sarat dengan pengorbanan dan air mata. Pernah berkhidmat sebagai pramugari dan melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selama sedekad, Hieda bukanlah wanita yang asing dengan kesukaran.
Demi mencari rezeki, beliau pernah berjauhan dengan si kecil yang masih menyusu ketika menerima tawaran bekerja di luar negara. Kini, Hieda Natasya bukan sekadar nama di sebalik koleksi beg berprestij, malah figura usahawan yang membuktikan bahawa cita rasa eksklusif mampu diterjemahkan menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.
#majalahnona
#inspirasinona
#hiedanatasya

