PINKTOBER EP 4 – “18 Sesi Kemoterapi, Kedua-dua Payudara Terpaksa Dibuang”

Ads

“Doktor kata saya hanya ada enam bulan untuk hidup…” Bayangkan, ketika segala impian sedang indah dirancang, tiba-tiba diberitahu bahawa masa yang berbaki mungkin tidak panjang. Itulah kenyataan paling memilukan yang terpaksa ditelan Dato’ Sri Seri Udani Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Nutra Rich Energy Sdn Bhd, figura korporat yang berjaya membina nama dalam industri minyak dan gas. Disahkan menghidap kanser payudara tahap empat pada tahun 2023, beliau sudah menjalani 18 sesi kemoterapi dan terpaksa merelakan kedua-dua payudaranya dibuang. Segala kejayaan yang dikecapi seakan hilang makna apabila nyawa sendiri menjadi taruhan.

Lebih meruntun hati, baru setahun mendirikan rumah tangga, impian untuk bergelar ibu pula terpaksa dilepaskan. Ikhtiar melakukan IVF juga gagal. Mujur dalam kesakitan dan ketakutan itu, masih ada suami yang setia menjadi tempat berpaut. Kini, dengan keputusan pemeriksaan susulan yang semakin baik, beliau terus melangkah penuh syukur, menjadikan ujian getir itu sebagai titik perubahan yang memberi makna baharu dalam kehidupannya.

Vodcast Nona Pinktober ini istimewa dibawakan oleh MyDigital ID. Identiti digital yang dipercayai untuk pengesahan dalam talian yang selamat.

#MajalahNona #NonaPinktober #MyDigitalID

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads