Syamsul Debat – Nona Motivator Award | Nona Gala 2026
Di sebalik jenaka bersahaja dan kepetahan berceramah yang sering mencuit hati, tersimpan sebuah perjalanan luar biasa seorang anak kampung yang tidak pernah merancang untuk bergelar pakar motivasi. Daripada dunia perundangan ke pentas motivasi, Syamsul Debat membuktikan bahawa kekuatan ilmu bukan sekadar pada kebijaksanaan berhujah, tetapi keupayaan menyentuh hati, mengubah pemikiran dan membimbing masyarakat menjadi insan yang lebih baik.
Berbekalkan pengalaman hidup, kerendahan hati dan prinsip bahawa setiap nasihat perlu disampaikan dengan hikmah, beliau menjadikan dakwah sebagai jambatan yang mendekatkan manusia kepada ilmu dan nilai kehidupan. Sempena Nona Gala Awards 2026, Nona mengangkat Syamsul Debat sebagai penerima Nona Motivator Award, sebuah penghormatan buat insan yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dan menyemai kebaikan.
#MajalahNona #NonaGalaAwards2026 #NonaMotivatorAward

