PINKTOBER EP 2 – “Ini ‘Hadiah’ Allah Kepada Saya”
Ads
Jiwa cekal dan semangat juang tinggi Roshila Saufi melawan kanser payudara yang dihidapi cetus inspirasi. Sedar ketulan kecil di payudaranya sekitar September tahun lalu, bekas guru Matematik ini tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan rawatan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui adiknya disahkan menghidap kanser sama.
Berkat sokongan keluarga, pemikiran dan circle positif, Roshila atau mesra disapa Cikgu Shila berjaya harungi detik tersebut. Kini, beliau aktif menyampaikan kesedaran mengenai kanser payudara kepada komuniti.
#majalahnona
#nonapinktober

