
Wan Khair Amir, Anak Mira Filzah Genap 4 Tahun
Kehadiran cahaya mata pastinya menjadi pelengkap dan penyeri dalam rumah tangga. Lebih istimewa, ia turut memberi makna bagi pasangan suami isteri untuk menjaga khalifah yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Bagi Mira Filzah dan suami tercinta, kelahiran permata hati kesayangan Wan Khair Amir satu anugerah terindah dan cukup membahagiakan.
10 Mei lepas buah hati kesayangan Mira dan Wan Emir Astar menginjak usia empat tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah dan suami mengadakan majlis sambutan hari lahir baru-baru ini.
Artikel https://www.nona.my/sambung-phd-usia-60an-kegigihan-datuk-mastura-yazid-kejar-ilmu-cetus-inspirasi/
Bertemakan kartun animasi Pokemon, Wan Khair Amir diraikan meriah oleh ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
Titip Duta Ariani ini di media sosial, “4 tahun sudah berlalu. Dari langkah pertamamu wahai putera kesayangan kami, kini sudah berlari dan mengenali dunia dengan mata penuh cahaya dan imaginasi!
Melihat Amir membesar benar-benar satu nikmat yang tak mampu diganti dengan apa pun, membuatkan hidup Papa dan Mama lebih bermakna.
Dalam kesyukuran dan keseronokan meraikan hari lahirmu hari ini, doa Papa dan Mama sentiasa mengiring bersama; semoga Illahi sentiasa memelihara langkahmu, melembutkan dan kuatkan hatimu dengan iman, mencantikkan akhlakmu dengan adab, dan membesarkanmu menjadi anak yang berbakti dengan kebaikan kepada ummah.”
Tambah Mira Filzah lagi, “Terus jadi anak yang ceria, penuh kasih sayang, kuat semangat, dan sentiasa tahu beza antara baik dan buruk dalam meneruskan kehidupan.
4 years of love, ‘chaotically playful’ adventures and countless reasons to be grateful.️”
Mira Filzah sah bergelar isteri kepada usahawan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup selama hampir enam tahun, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Wan Khair Amir juga merupakan cucu kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid.
This website uses cookies.