Ads

Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun!

Wan Khair Amir, Anak Mira Filzah Genap 4 Tahun
Wan Khair Amir, Anak Mira Filzah Genap 4 Tahun

Kehadiran cahaya mata pastinya menjadi pelengkap dan penyeri dalam rumah tangga. Lebih istimewa, ia turut memberi makna bagi pasangan suami isteri untuk menjaga khalifah yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Bagi Mira Filzah dan suami tercinta, kelahiran permata hati kesayangan Wan Khair Amir satu anugerah terindah dan cukup membahagiakan.  

10 Mei lepas buah hati kesayangan Mira dan Wan Emir Astar menginjak usia empat tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah dan suami mengadakan majlis sambutan hari lahir baru-baru ini.  

Artikel https://www.nona.my/sambung-phd-usia-60an-kegigihan-datuk-mastura-yazid-kejar-ilmu-cetus-inspirasi/

Wan Khair Amir Genap 4 Tahun

Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun! Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun!

Bertemakan kartun animasi Pokemon, Wan Khair Amir diraikan meriah oleh ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara terdekat.  

Ads

Titip Duta Ariani ini di media sosial, “4 tahun sudah berlalu. Dari langkah pertamamu wahai putera kesayangan kami, kini sudah berlari dan mengenali dunia dengan mata penuh cahaya dan imaginasi!

Melihat Amir membesar benar-benar satu nikmat yang tak mampu diganti dengan apa pun, membuatkan hidup Papa dan Mama lebih bermakna.

Dalam kesyukuran dan keseronokan meraikan hari lahirmu hari ini, doa Papa dan Mama sentiasa mengiring bersama; semoga Illahi sentiasa memelihara langkahmu, melembutkan dan kuatkan hatimu dengan iman, mencantikkan akhlakmu dengan adab, dan membesarkanmu menjadi anak yang berbakti dengan kebaikan kepada ummah.” 

Ads

Kehadiran Wan Khair Amir Bawa Makna

Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun! Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun! Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun! Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun! Wan Khair Amir Anugerah Terindah, Mira Filzah Luah Rasa Syukur Anak Genap Usia 4 Tahun!

Tambah Mira Filzah lagi, “Terus jadi anak yang ceria, penuh kasih sayang, kuat semangat, dan sentiasa tahu beza antara baik dan buruk dalam meneruskan kehidupan.

Ads

4 years of love, ‘chaotically playful’ adventures and countless reasons to be grateful.️” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ainafadhilah

Mira Filzah sah bergelar isteri kepada usahawan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup selama hampir enam tahun, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022. 

Wan Khair Amir juga merupakan cucu kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Bahaya Hipertensi, Silent Killer Yang Rosakkan Jantung Tanpa Sedar

Hipertensi digelar silent killer kerana boleh merosakkan jantung, salur darah dan buah pinggang tanpa simptom jelas. Ketahui bahaya, punca dan cara mencegah tekanan darah tinggi sempena Hari Hipertensi Sedunia 2026.