Baru-baru ini NONA melaporkan yang Tan Sri Michelle Yeoh dijadualkan akan bertemu dengan peminat di Malaysia tidak lama lagi di mana beliau dijadualkan akan hadir dalam sebuah acara, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet pada 18 April di Pavilion Kuala Lumpur pukul 4 petang.

IKLAN

Michelle Yeoh 60, mencipta sejarah apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles bulan lalu sekali gus menjadi pelakon dari Asia pertama yang berjaya dinobatkan gelaran tersebut.

Ketika berucap, Michelle Yeoh mendedikasikan kemenangannya kepada semua orang yang pernah punya impian untuk mencapai sesuatu kejayaan untuk terus berharap dan berusaha, nyata menjadi pembakar semangat di seluruh dunia terutama rakyat Malaysia.

BACA JUGA: TAN SRI MICHELLE YEOH Kenang Jasa Ibu, Datin Janet Yeoh “Ibu Masih Layan Saya Macam Budak 6 Tahun..”

Dan sebentar tadi, Tan Sri Michelle Yeoh turut berkongsi gambar di mana ibunya, Datin Janet Yeoh bergambar bersama trofi kemenangannya dengan menulis kepsyen “Membawa Mr.O pulang. Tanpa kasih sayang, kepercayaan dan sokongan ibu bapa saya. Saya tidak akan berada di sini hari ini… saya sayang anda semua sangat-sangat ❤️💖✨❤️”

Oscar Sudah ‘Mendarat’ Di Malaysia! DATIN JANET YEOH Bangga Bergambar Dengan Trofi Kemenangan Michelle Yeoh

Namun menurut sumber terdekat, Tan Sri Michelle Yeoh tidak berada di Malaysia pada waktu artikel ini ditulis kerana beliau masih berada di Hong Kong dan akan pulang ke Malaysia untuk acara bertemu peminat sehari sebelum bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran ibunya.

Trofi Oscar tersebut juga khabarnya diserahkan kepada ibunya sewaktu Tan Sri Michelle transit seketika ke Malaysia rabu lepas untuk menemui ibunya serta meluangkan masa melawat pusara mendiang ayahnya (Datuk Yeoh Kian-Teik) bersempena perayaan Chingming (sembahyang kaum cina) sebelum pulang ke Hong Kong semula.

Oscar Sudah ‘Mendarat’ Di Malaysia! DATIN JANET YEOH Bangga Bergambar Dengan Trofi Kemenangan Michelle Yeoh

IKLAN

Untuk rekod, Michelle memenangi anugerah terbabit menerusi filem Everything Everywhere All at Once, dan filem itu menggungguli anugerah Oscar edisi ke 95 tahun dengan merangkul 7 anugerah termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.

Di ruangan komen, ramai peminat Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak sabar untuk bertentang mata, bertemu dan bermesra dengan pelakon dambaan mereka ini.

Oscar Sudah ‘Mendarat’ Di Malaysia! DATIN JANET YEOH Bangga Bergambar Dengan Trofi Kemenangan Michelle Yeoh Oscar Sudah ‘Mendarat’ Di Malaysia! DATIN JANET YEOH Bangga Bergambar Dengan Trofi Kemenangan Michelle Yeoh

IKLAN

 

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI