
Khabar duka yang disampaikan usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura mengejutkan ramai pihak. Apatah lagi mereka baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Lebih mengharukan, Akiko baru menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu, diikuti anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari dan Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lepas.
Akiko Okumura Isteri Ridzokumura Meninggal Dunia
Berita ‘kehilangan’ itu disahkan sendiri oleh usahawan salun rambut terkenal itu di media sosial miliknya pada 28 Februari 2025. Dalam hantaran yang dibuat, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib memberitahu isterinya sudah meninggalkan dia dan anak lelaki buat selama-lamanya.
“Al fatihah buat arwah isteri saya, Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya.”
Pemergian Akiko nyata mengejutkan followers setia Ridzokumura kerana wanita yang berasal dari Jepun berkenaan kelihatan sihat. Bagaimana pun, Akiko Okumura pernah dimasukkan ke hospital pada Januari lepas. Namun tidak mendedahkan penyakit yang dialami.
View this post on Instagram
Turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan takziah ialah anak saudara Ridzokumura iaitu pelakon Zarina Zainuddin.
Pun begitu, punca kematian Allahyarham Akiko Okumura tidak dijelaskan dan tiada pengumuman lanjut daripada ahli keluarga mengenai perkara itu.
Allahyarham Akiko Okumura Cantik Berhijab
Awal Februari lalu, Ridzo membawa isteri dan anak tersayang pulang ke kampung halamannya di Perak. Selain menziarahi pusara Allahyarham bapanya di sana.
View this post on Instagram
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan salah seorang ahli keluarga membantunya memakai tudung dan keayuan Akiko berhijab meraih pujian warga maya.
Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada 14 Februari 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taiko Okumura yang berusia 13 tahun.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, Ridzokumura dan Sky tabah menempuhi ujian ini.