Bahasa Melayu kedengaran di pentas dunia! Hari ini menjadi detik sejarah buat semua rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Ismail Sabri menggunakan bahasa ibunda pada perhimpunan PBB baru-baru ini.
Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta sejarah apabila muncul mewakili negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini seorang lagi dengan nama sama muncul melakar satu lagi sejarah.
Pada September 1957, tidak sampai sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang merupakan duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, muncul di Perhimpunan Agung PBB untuk menyampaikan ucapan dengan berbaju Melayu lengkap dengan keris.
Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dari September 1970 hingga Ogos 1973.
Ads
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.
Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.
Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat “United we stand, divided we fall”, selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya”.
Beliau turut mengajak komuniti antarabangsa bekerjasama dengan mengamalkan semangat Keluarga Dunia, dalam menghadapi cabaran global.
Sumber: ASTRO Awani / BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan Raihan Amin yang merupakan adik kepada pelakon popular, Fattah Amin. Berkulit cerah dan murah dengan senyuman, Raihan atau nama penuhnya Siti Norraihan Mohd Amin juga menjadi perhatian peminat Fattah kerana cukup menjaga aurat dan bertudung labuh.
Enggan menumpang populariti abang tersayang, ibu kepada tiga cahaya mata ini aktif menjana pendapatan dengan mengusahakan perniagaan. Antaranya bisnes Fattastic Cookies yang menjual aneka biskut raya.
Difahamkan Raihan mula mengusahakan bisnes berkenaan kira-kira lapan tahun lepas dan kini sudah pun mempunyai agen sendiri.
Dedahnya, “MasyaAllah dah lama rupanya kami jual cookies raya. Since tahun 2017, jual sendiri kecil-kecil.
Kini 2025, kita kongsi rezeki sama-sama dengan agen. Terima kasih buat semua yang pernah beli cookies raya dengan kita.”
18 pilihan biskut raya keluaran Fattastic Cookies seperti Bangkit Cheese, Baby Mac, Pistachio Cookies, Makmur Sabah, Biscoff Pod, Tart Nenas, Hazelnut Pod, Nestum Strawberry dan Dahlia Klasik.
Selain perusahaan biskut, Raihan Amin juga berniaga tudung. Biarpun sibuk mengurus keluarga dan anak kecil, Raihan ligat berniaga dan membantu suami, Wan Aslam Zakaria menampung pendapatan keluarga.
Apatah lagi, anak bongsu mereka iaitu Wan Muhammad Naail yang bakal berusia tiga tahun menghidap penyakit jarang jumpa Spinal Mascular Atrophy (SMA) Type 1 ketika baru berusia empat bulan.
Kisah mengenai anak Raihan ini pernah mendapat liputan meluas kerana kos perubatan Wan Muhammad Naail mencecah hingga RM9 juta!
Antara selebriti dan pempengaruh media sosial yang turut memberi sumbangan kepada anak saudara Fattah Amin ini termasuklah usahawan Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad.
Raihan merupakan anak kepada pasangan Mohd Amin Musa dan Azizah Abdul Ghani. Selain Fattah, Raihan juga mempunyai tiga lagi adik-beradik iaitu Farhan, Intan dan Farhanah.
Rezeki Allah SWT hadir tanpa diduga. Jemputan ke Tanah Suci untuk melaksanakan rukun Islam kelima baru-baru ini nyata membuatkan Nur Liyana Abdul Rahman sebak dapat tunai haji. Apatah lagi dia menerima panggilan tersebut pada saat-saat akhir menuju 10 Zulhijjah.
Meskipun pada awalnya, usahawan jenama LeeyanaRahman ini ragu-ragu untuk berangkat ke Mekah kerana keadaan diri yang sedang hamil. Namun segala perasaan itu hilang selepas dia menerima kelulusan visa daripada kerajaan Arab Saudi.
Berkongsi momen sebelum berangkat ke sana di Instagram, ibu dua cahaya mata ini kelihatan berpurdah dan berjubah putih sambil ditemani suami tercinta, Muhamad Hafiz Abdul Hamid yang bakal mengerjakan haji bersama-sama.
Memanjat kesyukuran menjadi duyufurrahman tahun ini, kongsi Liyana, “Ya Allah, maafkan hati yang kadang kurang yakin, padahal semuanya telah engkau jamin.
Awal-awal berat hati nak sahut panggilan haji ni sebab fikir masih alahan. Tapi bila dapat tahu visa lulus, alahan hilang terus! Panggilan last minute yang sangat bermakna. Dia panggil tepat pada masanya, saat hati mental emosi tengah lemah.
Allah Maha Baik. Dalam pada dia bagi ujian berat yang tak mampu untuk ditanggung, tapi sebenarnya Dia selitkan 1001 hikmah dari ujian tu.”
Tambahnya lagi, “Saya mohon maaf sekiranya ada kesalahan / khilaf dari saya sengaja atau tak sengaja sepanjang kita kenal.
Saya juga mohon doa dari sahabat semua, mohon doakan semoga perjalanan haji kami dipermudahkan, dimakbulkan semua doa-doa, kandungan dipelihara Allah, balik dengan hati yang tenang dan mendapat haji mabrur.”
Liyana dan suami pada Februari lalu membawa kakitangan LeeyanaRahman mengerjakan umrah. Berkat niat murni dan tak lokek berkongsi rezeki, mereka berdua sekali lagi dijemput ke Tanah Suci kali ini bagi menunaikan ibadah haji.
Turut sama berangkat mengerjakan haji bersama Liyana ialah usahawan yang juga pengasas Minaz, Hafiza Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Pija.
Liyana kini hamil anak ketiga. Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun dengan Hafiz Abdul Hamid, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sangka, Elly Mazlein mempunyai sense of humor yang sangat tinggi. Bukan saja mencuit hati para peminat dengan tutur bicara yang selamba bahkan wanita jelita ini juga dilihat kerap berjenaka di laman media sosial setiap kali menyediakan masakan untuk keluarga tercinta. Sampaikan lauk-pauk yang dimasak pun ada nama lucu!
Mula dikenali ramai sebagai penyanyi dan kemudian aktif membintangi drama sebagai pelakon, bakat Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina diterima masyarakat apabila mengacarakan sebuah majlis berprestij tidak lama dulu. Alhamdulillah, walaupun dilanda dengan pelbagai ujian hidup… pintu rezeki selebriti ini semakin terbuka luas.
Mengintai ruang Instagram Elly atau mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom, ibu kepada Putri Sara Sefhia ini sebenarnya rajin masuk ke dapur. Pendek kata, memang pandai memasak. Dari sajian tradisi, barat mahupun pencuci mulut… semuanya mampu disediakan.
Tambahan pula, setiap hari Elly akan memasak untuk bapa tersayang memandangkan ibunda Sabariah Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2014 yang lalu. Jadi, bab masakan memang sangat dititikberatkan oleh Elly Mazlein demi menjaga kesihatan bapanya.
Terbaru, Elly sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuatnaik video masakan kari ikan bawal. Apa yang melucukan, dia menamakan sajian tersebut sebagai Kari Ikan Bawal Mamak Punya Adik Angkat.
Antara nama lauk-pauk lain yang mencuit hati peminat Elly Mazlein termasuk Nasi Ayam Makcik Pink, Keli Sambal Cap London, Cencaru Seksi Masak Sambal, Udang Masak Petai Ekor Harimau dan macam-macam lagi. Yang pasti, setiap kali post gambar atau video masakan mesti ramai yang mahu resipi tersebut.
Mana tahu, ada rezeki lebih lepas ni… Elly Mazlein buka restoran pula. Boleh bayangkan nama-nama menu yang unik dan panjang lebar sama macam yang dikongsikan dalam Instagram miliknya.
Selain terpikat dengan jiwa kelakar Elly, semangat dan kecekalan anak seni ini menghadapi dugaan hidup mengundang inspirasi. Setahun selepas menerima perkhabaran sedih tentang ibu tersayang, Elly terpaksa berhadapan dengan satu lagi cabaran hidup apabila rumah tangga yang dibina Bersama Azmi Hatta akhirnya terlerai pada tahun 2015.
Meskipun kini bergelar ibu tunggal, namun Elly bangkit mencari kekuatan dan takdir Allah rezekinya semakin melimpah ruah. Alhamdulillah, Nona percaya ini semua berkat kesabaran dan keredaan terhadap setiap ujian yang diberikan kepadanya.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Kredit: Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!