Selain mempunyai bakat dalam bidang seni pelakon dan penyanyi ini memang terkenal dengan kejelitaannya. Punya pakej lengkap, Erra Fazira cantik dan juga aktif dalam beberapa jenis sukan.

IKLAN

Sememangnya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, sedar bahawa melakukan aktiviti sukan bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh malah dapat menjamin kesihatan diri dan mengurangkan stres.

Siapa sangka ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini gemar bersukan dan juga aktif dalam aktiviti sukan lasak. Miss Malaysia World 1992 ini juga gemar berkongsi beberapa jenis sukan yang telah dilakukan melalui perkongsian di laman media sosial milik peribadinya.

Sebelum ini dari selebriti yang berasal dari Rawang Selangor ini kerap berkongsi aktiviti berbasikalnya. Terbaharu, pelakon filem Sembilu dan Maria Mariana ini kembali melakukan aktiviti menyelam setelah sekian lama tidak terjun ke dasar lautan.

Rindu kita tak? kita pun rindu awak. Line kat sini macam bisikut. Kejap ada, kejap tak ada. Hujan on and off. But masyaAllah indahnya ciptaan Allah. I had a blast holiday so far, Alhamdulillah. Doakan kami ya,” tulis Erra Fazira cantik dengan pakaian menyelamnya.

1. Menyelam
Usah tak tahu, salah satu daripada manfaat menyelam ke dasar lautan adalah dapat memperlambatkan penuaan. Patutlah Erra Fazira sentiasa kelihatan awet muda walaupun usianya sudah menghampiri 50 tahun. Bukan senang juga nak menyelam ke dasar lautan kerana memerlukan dapatkan lesen menyelam yang diiktiraf oleh badan antarabangsa tertentu seperti Professional Association of Diving Instructors (PADI).

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

2. Badminton
Sukan badminton dikatakan dapat membantu memperkuatkan otot-otot jantung serta meningkatkan kadar denyut jantung yang teratur. Selain baik untuk kesihatan Erra Fazira juga mempunyai group badminton yang tersendiri. Sambil keluar peluh boleh juga jumpa kawan-kawan kan.

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

3. Basikal
Aktiviti sukan basikal jadi trending sekarang. Ramai yang sedar tentang kebaikan bersukan dan memilih berbasikal sebagai salah satu riadah mereka. Erra Fazira kerap berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya dan sekali-sekala, anak kesayangannya turut berbasikal bersamanya.

IKLAN
Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira
Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira
Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

4. Yoga
Primadona Erra Fazira juga pernah cuba membuat yoga. “Nampak senang, tapi gagal dengan jayanya. Semua pose ke laut dalam. But for first timer, kira we did okey laaa!” tulis penyanyi lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara ini.

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

5. Battle Rope Exercise
Ini lagi satu sukan yang nampak senang sahaja nak buat tetapi kalau stamina biasa-biasa sahaja boleh kecundang di tengah jalan. Terdapat empat gerakan yang dapat dilakukan daripada senaman ini iaitu whipping, slamming, dragging dan drumming. Bila dilakukan dengan teratur dapat membakar lemak di tubuh.

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

6. Rock Climbing
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kejelitaan Engku Aleesya Engku Emran mewarisi kejelitaan ibunya. Nampaknya puteri tunggal Erra Fazira juga aktif bersukan seperti ibunya. Nampak tak bagaimana Engku Aleesya buat rock climbing seperti ibunya.

IKLAN
Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

7. Ice Skating
Bukan mudah sebenarnya nak mengimbangi badan ketika melakukan aktiviti ice skating ini. Kalau baru mula berjinak-jinak nak meluncur di atas ais ini kalau tak jatuh memang tak sah. Tapi bila dah mahir memang macam boleh terbang lagaknya. Antara manfaat ice skating adalah meningkatkan fokus dan menguatkan otot kaki.

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

8. Motorsikal Berkuasa Tinggi
Menunggang motorsikal berkuasa tinggi memang aktiviti Erra Fazira sejak dahulu. Ramai juga selebriti wanita yang aktif menunggang motorsikal berkuasa tinggi seperti Siti Elizad, Datuk Dira Abu Zahar dan Fauziah Latiff.

Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba!
Foto: Instagram @errafazira

9. Slingshot
Aktiviti Slingshot ini juga digelar Reverse Bungee. Erra Fazira juga pernah cuba aktiviti ini. Tengok, berani kan?

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Baca juga; Dato’ Sri Siti Nurhaliza Menentang Jaguh Badminton Negara

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI