Kejayaan demi kejayaan diraih Tan Sri Michelle Yoeh menerusi pembabitanya dalam filem Everything Averywhere All At Once menyaksikan nama beliau meledak dalam industri Hollywood dan kini Michelle Yeoh berjaya menawan industri Hollywood selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscar sebentar tadi.
Namun di sebalik kejayaan dan pencapaian beliau, sudah pasti ada insan yang berkorban jiwa raga menyokong jatuh bangun kerjaya seninya, siapa lagi tidak lain dan tidak bukan, ibu kepada Michelle, Datin Janet Yeoh.
Awal minggu ini, bintang berusia 60 tahun itu menyingkap momen indah serta memperincikan hubungan istimewa dengan ibunya sewaktu temubual di rancangan The Late Show With Stephen Colbert dan Live With Kelly And Ryan.
Ads
Dalam temu bualnya dengan Today’s Sunday Sitdown NBC tersebut, Michelle Yeoh berkongsi antara momen indah beliau dan ibunya “Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat menarik dan indah. Dia baru sahaja menelefon saya beberapa hari lepas dan menasihatkan saya jangan pakai seluar ketika menghadiri Oscar nanti,” jelas Michelle sambil ketawa.
Michelle Yeoh juga terbuka berkongsi betapa beliau menyayangi dan menyanjungi ibunya. Michelle turut berkata ibunya masih lagi “melayan dirinya seolah-olah dirinya masih budak enam tahun”.
Apatah lagi ibunya jugalah yang menasihati dan mempersiapkan Michelle Yoeh untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World seterusnya membuka jalan buat Michelle mengorak menjadi ikon sinema popular dunia yang disanjungi kini.
“Sekiranya kami pulang ke rumah, ibu akan menyediakan beberapa pakaian untuk saya. Begitulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada saya” kata bintang kelahiran Ipoh itu.
“Semua ibu-ibu di luar sana adalah superhero sebenar. Mereka memikul beban yang sangat berat di bahu mereka setiap hari, namun tetap gigih, namun tiada siapa yang memberi mereka jubah adiwira,” akhiri Michelle dan pada masa yang sama cukup menyanjungi dan menghargai setiap insan bergelar ibu di luar sana.
Gwyneth Paltrow, seorangpelakon dan juga pengasas Goop cukupdikenalidengangayahidupsihatnya. Paltrow seringberkongsi amalan diet sertarutinkesihatan di media sosial sebagai inspirasi.
Menerusi platform Goop dan pelbagai sesi temubual, Paltrow mendedahkanrahsiakecergasannya. Pendekatandietnya memfokuskan kepada cara intermittent fasting dan makanan anti-radang.
Rutininidirangkauntukmenyokong proses detoksifikasisertakesihatantubuhsecaramenyeluruh.
Kebiasaaninimembantunyauntuktidurdenganlebihlena. Perut yang tidakterlalukenyang pada waktumalamturutmenyokongkualitirehatnya. Inilahasaspentingdalamrutin diet Gwyneth Paltrow.
Pada waktupagi, Paltrowmengambil kopi dan makanan yang tidakmencetuskanlonjakan gula dalamdarah. Kadang kala, harinyadimulakandengan smoothie yang kaya dengan lemak sihat, protein, dan serat.
Paltrow turutmengamalkan oil pulling menggunakanminyakkelapaorganik. Untukmakantengahhari, Paltrow seringmemilihsup. Pilihan lain yang menjadikegemarannyaialah salad bersama protein.
Pada waktupetang, beliaukadangkalamengambilkacanggajus ataumenikmatitehhijau. Manakalauntukmakanmalam, Paltrow akan makan lebih awal sekitar pukul 6 atau 6.30 petang dengan mengambil sayur-sayuran dan proteinseperti ikan.
Fokusutamadalam amalan pemakanan Paltrow ialahmeningkatkankesihatan usus dan menyokong sistem pencernaan. Dia juga mengelakkanmakanan yang sukardihadamseperti gluten.
Paltrow menekankankepentingan clean food untukmembantu proses detoksifikasitubuh. Rutininididasarkan pada hasilpemeriksaanperubatan dan ujianmenyeluruh yang dilakukan.
Diabekerjasamadengan pakar diet untukmemilihmakanan yang tidakmencetuskankeradangan. Contohnyasayuran yang dimasak, pelbagaijenis protein sertakarbohidratsihat. Mengurangkanpengambilanalkohol juga menjadisebahagiandaripadausahanya.
Selain diet, Paltrow turutmenggabungkanpelbagaiamalankesihatan lain dalamkehidupannya sepertiberjalan kaki, atau Pilates. Aktivitiinimembantumengekalkantubuhnya agar sentiasacergas dan bertenaga.
Paltrow juga seringmeluangkan masa selama 30 minitdalam sauna inframerah, yang didahuluidenganteknik dry brushing bagimenyokong proses detoksifikasitubuh.
Selain itu, Paltrow turut mengamalkan clean sleeping bagimendapatkantujuhhinggalapan jam tidurberkualitisetiapmalam.
Bagi Paltrow, tidur yang cukup dan berkualiti sangat pentinguntuk proses pemulihantubuh. Iamelengkapipola diet danrutinkesihatannya. Kesimpulannya, amalan gayahidup inimencerminkanpendekatanholistikterhadapkesihatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melangkah masuk ke galeri seni milik YM Sharifah Bahiyah Jamalullail yang terletak di Desa Sri Hartamas, mata terpaku dengan hasil kerja tangannya yang penuh berseni. Elemen alam semulajadi menjadi elemen utama yang diketengahkan di dalam koleksinya. Tema flora seperti bunga mawar menjadikan ianya nampak begitu hidup dan menyerikan segenap ruang.
Berpeluang melihat dan menghayati hasil karya artis berdarah keturunan diraja ini antara pengalaman menarik buat diri penulis yang sememangnya kurang kemahiran dalam menilai sesuatu hasil seni. Ini kerana, setiap lukisan yang digantung pada dinding ruang pameran milik Sharifah bahiyah yang terletak di Desa sri hartamas ini seakan-akan ‘hidup’ dan penuh penceritaan.
Terhasil daripada terjemahan rasa dan ekspresi artis di atas kanvas, lukisan abstrak ekspresionis yang ditampilkan bukan saja menampilkan nilai estetika tersendiri malah turut mengajak anda untuk berfikir lebih jauh. Malah tidak salah jika dikatakan, koleksi lukisan yang ditampilkan oleh YM Sharifah Bahiyah memperlihatkan kematangan dari segi penghasilan karya bermula daripada karya awal ketika pembabitannya.
Terkenal dengan lukisan bermotif flora, Sharifah Bahiyah berkata dia kerap bereksperimen selain banyak mengetengahkan unsur bunga-bungaan yang berwarna-warni dalam karyanya ketika mula bertapak sebagai anak seni. Sambil berkongsi beberapa lukisan yang pernah dihasilkan, YM Sharifah Bahiyah sememangnya menggemari keindahan flora sebagai elemen utama lukisannya selain kini berjinak menghasilkan lukisan dalam bentuk abstrak selaras dengan perkembangan hasil seninya.
Menurut wanita berketurunan diraja Perlis dan Negeri Sembilan ini, motif flora sering menjadi pilihan di awal pembabitannya dalam dunia lukisan kerana gemarkan keindahan bunga yang membawa maksud kecantikan dan keceriaan.
“Sememangnya motif bunga amat sinonim dalam kehidupan sehari-hari. Bayangkan bagaimana gembiranya seseorang sekiranya menerima jambangan bunga sebagai hadiah daripada yang tersayang. Ia sekaligus dapat menceriakan seseorang terutamanya untuk hari-hari istimewa seorang wanita. Jadi, saya mengabadikan signifikasi bunga dan wanita dalam lukisan yang dihasilkan kerana bunga melambangkan kebahagiaan untuk setiap wanita,” jelas Sharifah Bahiyah yang anggun dengan solekan oleh Vee Muhammad dan persalinan menawan dari Syomirizwa Gupta.
BERMULA DARI HOBI
Sambil membelek beberapa koleksi yang dipamerkan di ruang pameran, penulis sempat diberi kesempatan untuk melihat sendiri ruang kerja di mana Sharifah Bahiyah menghabiskan masa menghasilkan karya seninya. Aroma cat akrilik, pelbagai jenis berus dan kanvas menjadi teman setia Sharifah Bahiyah menterjemahkan sesuatu melalui lukisan cat yang dihasilkannya.
Selain memilih motif bunga-bungaan, kini Sharifah Bahiyah turut menampilkan unsur abstrak dan sebagainya sebagai elemen utama hasil seninya. Tidak hairanlah mengapa hasil seninya amat halus memandangkan dirinya mengabadikan sepenuh minat dalam seni lukisan sejak kecil lagi.
Ketika ditanya mengenai bagaimana minat dalam dunia lukisan mula bercambah di dalam dirinya, wanita anggun ini berkata sejak zaman kanak-kanak lagi dia sudah didedahkan dengan minat melukis dan mewarna oleh bonda tersayang, Almarhum YAM Tunku Mudziah bte Tuanku Munawir.
“Sejak kecil saya mempunyai hobi melukis dan mewarna. Ketika itu, di tangan pasti akan ada scatch book untuk membolehkan saya melukis apa juga yang dilihat seperti melukis pokok, bunga dan apa sahaja yang menarik untuk dilukis. Hanya kira-kira sepuluh tahun kebelakangan ini saya mula mengambil serius mengenai seni lukisan ini dengan mengambil peluang mendaftarkan diri di kelas-kelas lukisan.
Selain itu, mungkin dek kerana minat terhadap bidang ini terlalu mendalam, saya banyak belajar sendiri melalui latihan dan pembacaan mengenai hasil karya pelukis-pelukis ternama yang boleh dijadikan sumber inspirasi,” ujar Sharifah Bahiyah yang menghargai karya agung Monet dan Van Gogh.
Ditanya mengenai pandangannya mengenai industri seni terutamanya lukisan di Malaysia, beliau berpendapat Malaysia telah berjaya melahirkan ramai pelukis yang mempunyai bakat yang besar dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Namun jika diberi ruang yang lebih untuk masyarakat Malaysia lebih menghargai keindahan seni, sudah tentu hasil kerja artis tempatan mampu setanding dengan karya antarabangsa.
“Hasil seni sebenarnya adalah salah satu bentuk pelaburan untuk sampai ke pemikiran dan hati seseorang manusia. Bayangkan jika sebuah kediaman tanpa sebarang lukisan, sudah tentu ia akan terasa kosong dan tidak bermaya. Hasil seni ini memberikan anda satu dimensi baru dan suasana yang lebih nyaman. Jadi, saya melihat konteks ini sebagai salah satu kombinasi kehidupan yang memberikan sumber ketenangan buat seseorang,” ujar Sharifah Bahiyah lagi.
Hampir 10 tahun berada dalam industri, karya terbarunya banyak memperlihatkan kematangan dari segi penghasilan dan nyata berbeza daripada karya ketika awal pembabitan.Secara peribadi, karya yang dihasilkan olehnya kini adalah penanda aras bagi perjalanan kerjaya seni sejak 10 tahun yang lalu sehingga kini. Sisi kematangan bukan saja menjelaskan pengalaman dan perjalanan karya seni tapi turut diterjemahkan dari sudut penghasilan karya itu sendiri.
Terkenal dengan lukisan campuran media cat minyak di atas kanvas, Sharifah Bahiyah berkata dia kerap bereksperimen selain banyak mengetengahkan warna-warni dalam karyanya ketika mula bertapak sebagai anak seni.
Menyentuh pula mengenai kedatangan Ramadan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam, anakanda kepada YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail ini tidak terkecuali dari merasai keseronokan menyambut kedatangan Ramadan kerana ia merupakan antara momen indah yang dikenang sepanjang hayat.
Menurutnya, setiap kali kedatangan Ramadan, dia dan keluarga akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk sama-sama menyertai umat Islam mengerjakan solat sunat terawih di masjid ataupun di kediaman saudara-mara terdekat untuk mengeratkan ukhwah persaudaraan.
“Namun begitu, malam ke 20 Ramadan lebih istimewa kerana seluruh keluarga akan berkumpul di Istana Besar Seri Menanti dan menunaikan solat sunat terawih bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan kerabat diraja yang lain,” ujar YM Sharifah Bahiyah yang juga merupakan anakanda saudara kepada Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Selain menunaikan solat sunat terawih, Ramadhan merupakan bulan yang istimewa untuk melihat refleksi diri dan muhasabah diri serta bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diperolehi. Selain itu, Sharifah Bahiyah juga menjadikan bulan istimewa ini untuk lebih bertenang dan sumber ketenangan tersebut membolehkan dirinya menghasilkan hasil seni yang lebih dekat di hatinya.
Selain menantikan kedatangan Ramadan, bulan Syawal juga menjadi momen yang ditunggu olehnya memandangkan ia membolehkan kebanyakan kaum kerabat berkumpul. Kesibukan dengan tugas seharian pastinya membataskan waktu untuk bertanya khabar.
“Sememangnya sambutan Hari Raya merupakan saat paling dinantikan kerana ia merupakan momen untuk berkumpul bersama keluarga. Kebiasaannya, saya akan mengambil giliran menyambut Hari Raya sama ada di Perlis dan Negeri Sembilan. Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, seluruh kaum kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja sebelum meneruskan tradisi memenuhi jemputan rumah terbuka di istana.
Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menitipkan pesanan supaya masyarakat Malaysia lebih berhati-hati dalam memilih juadah untuk berbuka puasa agar pembaziran tidak berlaku. Tambahnya lagi, Ramadan sewajarnya menjadi bulan untuk setiap insan bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan soal pembaziran dari segi makanan tidak seharusnya berlaku.
“Ramadan adalah saat yang istimewa kerana nikmat dan syukur seharusnya melebihi dari segalanya. Usah terlebih berbelanja, ingat kepada umat islam lain yang berpuasa dalam keadaan serba kekurangan. Semoga Ramadan dan Syawal ini lebih diberkati untuk setiap umat Islam,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman semakin hampir ke penghujungnya. Cabaran kian sengit menyaksikan enam lagi peserta yang terus ‘berjuang’ demi merebut tempat ke pentas akhir seterusnya bergelar juara.
Hotel terkemuka bertaraf dunia, Four Seasons Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan para peserta Pencarian Nona Superwoman. Apa yang pasti keyakinan dan kemampuan diri setiap peserta masih kekal utuh di hujung perjuangan mereka. Masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan hasil yang terbaik demi menambat hati juri.
Cabaran Episod 7 kali ini ialah ‘Business Strategy – Branding Plan’ yang menguji peserta dalam menghasilkan idea-idea luar biasa untuk pembinaan jenama atau brand identity.
Terdahulu hos Nadia Annuar memperkenalkan panel jemputan yang pakar dalam dunia perniagaan iaitu Sifu Jamal. Peserta diberikan ilmu dan perkongsian tentang penjenamaan produk oleh Sifu Jamal dalam satu sesi workshop.
Seterusnya, cabaran episod kali ini telah diumumkan oleh juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan. Peserta diminta melakukan pembentangan pembinaan jenama dengan menggunakan perkhidmatan sektor-sektor yang diberikan. Awal Ashaari memaklumkan peserta diberikan masa selama satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan tersebut manakala untuk sesi pembentangan mereka hanya diberikan masa selama 10 minit.
Hasil penilaian juri, Syu Ramli diumumkan sebagai pemenang dalam cabaran kali ini sekaligus melayakkan dirinya ke pentas akhir. Diikuti Linda Ross, Ayu Omar, Fazs Faozi dan Ana Najia yang turut mara ke peringkat akhir.
Manakala Fazlia Akma berada di kedudukan terendah sekaligus tersingkir.
“Saya memang dah jangkakan yang saya akan tersingkir kerana performance saya agak merosot. Tetapi alhamdulillah saya sampai ke semi-final. Perancangan selepas ini kembali kepada bisnes kerana saya bakal melancarkan sebuah akademi. Jadi saya akan kembali sibuk dengan bisnes.
Salah satu sebab saya sertai Pencarian Nona Superwoman untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini saya mudah gugup bila bercakap depan orang. Dalam program ini saya banyak belajar tentang keyakinan diri, cara penyampaian, cara bercakap, cara bawa diri, body language dan sebagainya. Pesanan saya buat rakan-rakan yang berjaya ke final tunjukkan yang terbaik dan selamat maju jaya!” komen Fazlia.
Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa serta berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!