Dalam situasi berada di rumah 24 jam sehari, antara lokasi yang paling kerap dikunjungi adalah dapur. Tidak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Sekurang-kurangnya asyik buka peti ais melihat apakah makanan yang ada didalamnya untuk dinikmati.

IKLAN

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahApabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan. Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.

Diet Clean Eating tidak melulu rendah kalori tapi lebih menekankan pada kualiti makanan yang dipilih. Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Daripada anda terpaksa mengurangkan makan atau mengehadkan pemakanan kepada kumpulan yang spesifik, lebih baik anda hindari makanan yang diproses serta hanya makan makanan ‘sebenar’.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahSihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahSihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahMAKANAN YANG DIBENARKAN
Pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahMAKANAN PATUT DIELAKKAN
Semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Makan makanan yang tidak diproses, organik dan segar boleh membuatkan kehidupan anda lebih menyihatkan. Dengan menyediakan makanan sendiri, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam badan dan merasa kebaikan tentangnya. Nona menyarankan supaya sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahDiet yang menekankan pengawalan kalori dan senaman berterusan ini juga menggalakkan makanan tinggi serat bersama protein tanpa lemak untuk mengurangkan rasa lapar. Ini melambatkan proses penguraian gula ke dalam salur darah, membuatkan rasa kenyang lebih lama dan menghindari rasa lapar secara tiba-tiba yang mendorong anda untuk menikmati snek. Memasak sendiri juga dapat mengelakkan kebergantungan seseorang terhadap makanan diproses yang tiada gizi di dalamnya.

SARANAN

  1. Karbohidrat yang baik untuk dimakan adalah oatmeal dan beras perang.
  2. Dapatkan bekalan protein daripada dada ayam dan ikan.
  3. Sumber lemak yang baik boleh didapati daripada minyak zaitun, avokado dan kekacang.
  4. Hindari semua makanan diproses yang mengandungi pengawet, lemak tepu dan gula berlebihan.

Ikut panduan berikut:

IKLAN

MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahSEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di RumahKUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan bahawa lebih cepat kita makan, makan lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti melayari media sosial.

IKLAN

MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi empat jam di antara waktu makan anda dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.

Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di Rumah

FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang – bermaksud selesai makan, bukan terlalu kenyang!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI