Wan Maryam Injak Usia 8 Tahun, Mawar Karim Bahagia Ada Puteri Kesayangan & Bawa Anak Bercuti Di Jepun!

Seronoknya tengok percutian ibu dan anak ini, Mawar Abdul Karim dan Wan Maryam! 29 Disember lalu, satu-satunya puteri kesayangan Mawar berkenaan genap mencecah umur lapan tahun. Cepat masa berlalu, pejam celik Wan Maryam kian meningkat usia dan membesar sihat di samping ibu bapa tersayang.

Meskipun kedua-dua ibu bapa Maryam iaitu Mawar Karim dan Fizo Omar sudah berpisah namun mereka menggalas tanggungjawab menjaga anak perempuan ini sebaik-baiknya dan penuh kasih sayang.

ArtikelΒ https://www.nona.my/urus-bisnes-jewelry-sambil-sambung-belajar-semangat-mawar-karim-cetus-inspirasi/

Mawar Karim Bawa Wan Maryam Bercuti Ke Jepun

Bersempena ulang tahun kelahiran puteri kesayangan, usahawan jenama Fareeda ini membawa Maryam bercuti ke Jepun pada hujung Disember lepas.

Menerusi perkongsian di media sosial, Mawar tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat permata hati kesayangan. Sambil memuat naik momen istimewa bersama Wan Maryam sepanjang percutian mereka di sana.

β€œSanah Helwah anakanda Maryam yang ke-8. Surprise birthday trip Maryam katanya. Bye 2025 & Happy New Year.”

Daripada foto-foto yang dikongsikan jelas terserlah wajah teruja dan gembira anak kecil ini melancong ke luar negara bersama ibu tersayang. Telatah Maryam yang comel dan manja cukup menghiburkan.

Sepanjang berada di Jepun, ibu dan anak ini tidak melepaskan peluang ke destinasi percutian popular. Antaranya Universal Studio Japan dan berkunjung ke Nara yang terkenal dengan rusa-rusa jinak.

Meniti usia 37 tahun, Mawar merupakan seorang ibu berjiwa kental dan penyayang. Sejak bercerai dengan bekas suami yang juga selebriti Fizo Omar pada 10 Julai 2019, Mawar tabah merencana masa depan dengan mengusahakan pelbagai cabang perniagaan.

Jiwa Kental Ibu Wan Maryam, Mawar Karim

Sepanjang proses penceraian dan diuji kemelut rumah tangga, Mawar enggan menjaja cerita kurang enak mengenai bekas suami untuk meraih populariti. Sebaliknya dia kekal tenang dan menerima perpisahan itu dengan hati terbuka.

Umum mengetahui menerusi perkahwinan terdahulu, Mawar berdepan kesukaran untuk hamil. Namun dia akhirnya dikurniakan rezeki zuriat dan menimang cahaya mata yang dinanti-nantikan iaitu Wan Maryam ketika usia perkahwinan mencecah empat tahun.

Menatang puteri kesayangan bagai minyak yang penuh, figura ini menyifatkan kehadiran anak kecil berkenaan ibarat anugerah tidak ternilai dalam hidupnya.

Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry. Idea berniaga emas tercetus ketika pandemik Covid-19. Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.

Β 

Β 

Share
Published by
Suzi