
Miss Grand Malaysia 2025, Viviana Lin Winston bakal mewakili negara ke pentas Miss Grand International 2025 di Bangkok.
Beliau dijadualkan berlepas pada 27 September ini, manakala pertandingan berlangsung pada 29 September hingga 18 Oktober.
Jelitawan berusia 25 tahun ini mencipta sejarah sebagai wanita Iban pertama yang berjaya meraih gelaran peringkat antarabangsa.
Di Bangkok, Viviana bakal berentap dengan 79 peserta lain dari seluruh dunia.
BACA JUGA: Wanita Iban Pertama Raih Gelaran ‘Miss Grand Malaysia 2025’ Viviana Lin Winston Cipta Sejarah
Menariknya, Viviana kini turut tersenarai dalam kelompok Top 10 Pre-Arrival Favorites hasil undian peminat melalui Facebook dan Instagram Miss Grand International.
Undian ini menjadi petunjuk awal sokongan global menjelang acara kemuncak.
Orang ramai diseru untuk terus memberikan sokongan kepada Viviana melalui platform media sosial rasmi pertandingan, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
This website uses cookies.