“Wanita Jangan Takut Keluar Zon Selesa..” Makin Bijak Atur Kerjaya, SHIHA ZIKIR Nekad Perkasa Wanita Dengan SFJ Group

Syarikat pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik, SFJ Group Sdn Bhd kini telah membuka cawangan pejabat pengurusan dan gudang di Semenanjung Malaysia (Sepang, Selangor) bagi menempatkan serta mengedar produk yang dikilangkan oleh mereka di Sabah.

Sejurus dengan itu, SFJ Group telah melantik selebriti versatil, Shiha Zikir selaku duta rasmi bagi produk mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFJ Group, Puan Hajjah Sitti Fatimah Jannah berkata, langkah pembukaan pejabat urusan serta gudang di Semenanjung Malaysia dibuat kerana mempertimbangkan bilangan klien mereka yang kebanyakannya bertapak di sini.

Memandangkan 90 peratus daripada klien kami dari Semenanjung Malaysia, jadi kami membuat keputusan untuk mengembangkan SFJ Group di sini dengan pembukaan cawangan pejabat di sini. Dengan pembukaan cawangan di Semenanjung, kos penghantaran kepada klien juga dapat dikurangkan. InsyaAllah pengurusan akan menjadi lebih cepat dan sistematik.

Selain itu, kami juga mahu menarik lebih klien dengan menawarkan kos penghantaran percuma (free shipping) selepas ini. Memang setakat ini kilang kami hanya ada di Sabah, tetapi kami ada gudang (warehouse) di Semenanjung di mana barang-barang kami hantar ke sana menerusi kontena. Kami akan menyediakan stok di gudang berkenaan, biarpun tidak banyak, Insya-Allah mencukupi jika ada klien yang perlukan stok dalam masa yang singkat tanpa tunggu lama,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) SFJ Group Sdn Bhd, Puan Ratnah Wati atau lebih mesra disapa sebagai Rara pula, pembukaan SFJ Group di Semenanjung Malaysia sudah lama dipertimbangkan dalam perancangan syarikat tersebut.

“Kuala Lumpur (KL) adalah pusat tumpuan utama industri kecantikan dan OEM, jadi, kehadiran kami ke sini adalah strategi untuk lebih dekat dengan golongan pengasas (founder), usahawan, serta memudahkan akses pelanggan yang berada di Lembah Klang dan kawasan di Semenanjung Malaysia yang lain. Kami mahu jadikan KL sebagai hub penting bagi melahirkan lebih ramai founder berjaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rara menyatakan sebab pemilihan Shiha Zikir selaku duta produk SFJ Group.“Kami melihat Shiha bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga ikon wanita yang berdikari, berdisiplin dan sentiasa memberi inspirasi. Personaliti Shiha sangat selari dengan nilai SFJ Group yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan wanita dan lelaki berjaya.

Shiha pula berkata, dia amat terharu apabila dilantik selaku duta rasmi SFJ Group. Justeru, dia akan melakukan yang terbaik demi sama-sama menaikkan imej dan penjenamaan syarikat berkenaan. “Shiha sangat bersyukur kerana diberi peluang ini. Saya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak SFJ Group. Bukan senang untuk merasa peluang diberi kepercayaan sebegini. Selain itu, Shiha juga amat berbangga kerana Puan Sitti Fatimah bukan sahaja seorang ahli perniagaan yang berjaya, malah beliau juga seorang yang hebat dan mempunyai wawasan.”

“Beliau banyak memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Apabila saya diberi tanggungjawab menjadi duta produk mereka, saya bersemangat untuk menyokong sama-sama kaum wanita dalam berbisnes. Saya harap dengan kerjasama ini, kami dapat sama-sama membawa nama SFJ Group ke tahap yang lebih tinggi, itu matlamat saya. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik.

Saya menyeru kepada semua orang di luar sana, bukan saja lelaki, tetapi juga kaum hawa, marilah jadi wanita yang berjaya. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa kita untuk berjaya. Apa yang menarik perhatian adalah pakej yang ditawarkan oleh SFJ Group bukanlah pada harga yang tinggi. Insya-Allah ramai orang berkemampuan untuk jadi pengasas produk sendiri,” katanya.

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus