
Sebagai ibu pastinya Datuk Ziela Jalil bangga dan bersyukur dikurniakan anak yang bukan hanya cantik dan terpelajar. Tetapi juga memiliki budi pekerti yang baik. Apatah lagi, anak sulung pelakon dan penerbit ini merupakan satu-satunya anak perempuan daripada tiga beradik. Melihat wajah puteri kesayangan Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid, memang mirip dan mewarisi raut wajah jelita Datuk Ziela Jalil.
Tanggal 17 September lepas genap 32 tahun usia Dr Julia. Biarpun dia kini jauh berada di luar negara kerana tuntutan tugas sebagai doktor dan berhijrah ke Ireland bersama suami serta anak-anak namun ulang tahun kelahiran Dr Julia Megat Junid tetap sentiasa dalam ingatan ibu tersayang.
Bersempena hari lahirnya, Datuk Ziela Jalil tidak ketinggalan menitipkan ucapan dan doa di samping memuat naik gambar Dr Julia di media sosial baru-baru ini.
“Selamat Hari Lahir untuk anak sulung mama, Puteri Julia Nabilah Binti Megat Junid. Anak solehah mama, mama doakan yang terbaik hanya untukmu, setiap saat doa mama sentiasa untuk Ya.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala permintaan mama buatmu cahaya mataku, kebanggaan mama dan seluruh keluarga. Semoga segala yang baik-baik saja untukmu anakku.
Allah lindungi anakku Ya Allah, jagakan dia untuk ku Ya Allah, dan kurniakan Al’Afiyah-Mu untuknya di dunia dan akhirat. Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib Yaa Allah.”
Menerusi perkongsian Dr Julia pula di Instagram, kelihatan ibu dua anak ini menyediakan juadah ayam gepuk buat keluarga tersayang sempena hari lahir.
Dr Julia kini dilapor bertugas di Mercy University Hospital, Ireland sejak kira-kira tiga tahun lalu. Pada Julai 2024, Dr Julia melakar pencapaian membanggakan apabila dia menerima pengiktirafan daripada hospital berkenaan atas prestasi kerja yang cemerlang.
Dia dianugerahkan pingat dan sijil kecemerlangan untuk menjadi Consultant Anaesthesiologist.
Ternyata status bukan warganegara Ireland, berbangsa Asian Malaysian dan wanita Muslim berhijab bukan halangan buat Dr Julia untuk berbakti serta diterima baik di negara asing.
1 Julai lalu Dr Julia dan suami iaitu Dr Dziya Faqhran meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.
Hasil perkongsian hidup, graduan Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.
This website uses cookies.