Gaya Hidup

“You Are Such A Beautiful Girl,” AZRINAZ Titip Ucapan Indah ‘Birthday’ Ke-15 YTM PUTERI AMEERAH!

28 Januari setiap tahun, Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah lupa menitipkan ucapan manis buat anakanda tersayang, Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Genap mencecah usia 15 tahun pada tarikh itu, sebagai ibu pastinya bekas personaliti televisyen ini mengingati kenangan indah bersama YTM Puteri Ameerah.

Ramai menyifatkan wajah cantik Puteri Diraja Brunei ini mewarisi kecantikan bondanya, Azrinaz. Apatah lagi, YTM Puteri Ameerah kelihatan anggun dan sopan tatkala mengenakan hijab. Memang terserlah pesona dan kelembutan yang dimiliki.

Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim

Seperti diketahui umum, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kedua-dua anakanda iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.

Menerusi perkongsian Azrinaz di media sosial, ibu ini menitipkan ucapan syukur dan bahagia sempena ulang tahun hari keputeraan ke-15 YTM Puteri Ameerah pada 28 Januari lalu.

Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @bruneiroyalfamily
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @bruneiroyalfamily
Kredit Instagram @a.ameerahwardatul_

“Today you are 15. I am wishing my lovely daughter, Ameerah the apple of my eye, the very best birthday! I hope that life always brings you happiness, just as you deserve.

You are such a beautiful girl, and I’m so proud of the incredible way that you are growing up.

Words are not enough to express my unconditional love. Life is filled with hard times and good times. Learn from everything you can. Be the woman I know you can be.

Know that we never truly part, maybe in distance but never in heart. You’re always with me, like a handprint on my heart.

No one in this world can love you more than me because mother and daughter from the start, best friends forever from the heart.”

Dalam pada itu, Azrinaz turut berkongsi video yang dihasilkan peminat yang memaparkan kenangan dirinya bersama YTM Puteri Ameerah dan YTM Putera Abdul Wakeel.

Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim
Kredit Instagram @azrinazmazharhakim / Suami Azrinaz di samping dua cahaya mata mereka

Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.

IKLAN
Share