•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bukan mudah untuk dipilih sebagai wajah kepada laman membeli belah atas talian popular ini sekaligus memenangi pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan. Menjalani pertandingan yang diadakan selama empat minggu menyaksikan lebih 7000 penyertaan dari enam negara serantau, akhirnya hanya 12 calon yang terbaik dipilih untuk dinilai pada peringkat akhir pertandingan Make Me A Zalora Model (MMAZM) musim kedua Ini

12 Peserta Akhir MMAZM Musim ke 2

Sebagai cabaran akhir pertandingan, kesemua finalis dari dalam dan luar negara telah diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk beraksi dalam penggambaran yang dirakam oleh jurugambar Saufi Nadzri dan diarahkan oleh pasukan kreatif Zalora termasuk dua juri pertandingan iaitu Andrea Wong selaku Ketua Studio dan Penggayaan Zalora serta Jessica Weston yang merupakan Direktor Fesyen Zalora.

Syaqireen

Sylvia Suri

Akhirnya, Syaqireen Hasnoddin dari Malaysia dan Sylvia Suri dari Indonesia telah dinobatkan sebagai juara dalam majlis penuh gaya yang diadakan di APW Bangsar, Kuala Lumpur. Selain menjadi wajah Zalora untuk tahun 2018 kedua-dua mereka telah diberi kontrak dari agensi peragaan Upfront Models yang berpaksi di Singapura serta bekalan pakaian Zalora selama setahun. Nona mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya dalam bidang pergaaan kepada dua pemenang ini.

Foto: Saufi Nadzri

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: